Ajaran
Kristian mempunya banyak persamaan dengan ajaran Islam, namun perkara pokok
yang menjadi asas agama Islam iaitu Tauhid (meng Esakan Allah) bertentangan
dengan konsep ketuhanan yang dibawa oleh Kristian iaitu Trinity (Tuhan Bapa,
Tuhan Anak dan Roh Kudus). Islam percaya bahawa Jesus adalah antara 25 Rasul
yang mulia yang dikurniakan mukjizat, sama seperti para Rasul yang lain yang
membawa risalah ketuhanan serta ajaran yang sama dengan Rasulullah saw, supaya
menyembah hanya Allah yang Esa (tidak beranak dan tidak diperanakkan).
Bagi membuktikan
yang kemungkinan Jesus itu Muslim, kita perlu tahu bahawa Jesus sama sekali
tidak tahu tentang agama Kristian dan tidak pernah menggelarkan ajaran yang
dibawanya sebagai Kristian kerana ia dikembangkan oleh Paul iaitu 40 tahun
selepas kematian Jesus dan disebut dalam Perjanjian Baru;
“Di
Antioch, murid murid itu disebut sebagai Kristian buat pertama kali”. (Acts,
11:26)
Ini
menunjukkan ajaran yang dibawa oleh Jesus bukan Kristian, bahkan ada antara
ajarannya yang bertentangan dengan pemahaman penganut Kristian, tetapi amat
sama dengan ajaran yang dibawa oleh Rasullah saw dan para umat Muslim sekelian
antaranya:
1. Konsep Tauhid (mengEsakan
Allah) adalah ajaran yang dibawa oleh Moses dalam Kitab perjanjian Lama, ajaran
yang dibawa oleh Moses adalah menyembah Tuhan yang satu, tidak pernah sekalipun
terdapat Rasul sebelum Moses seperti David, Yohanes, Noah dan lain-lain yang
membawa Konsep Trinity, bahkan Jesus sendiri mengaku bahawa beliau cuma
menyambung dan menggenapi ajaran Moses bukan menidakkannya hukum Torah (Matthew
5:17). Beliau juga secara jelas mengajarkan konsep Tuhan yang satu kepada
pengikutnya seperti
“Akulah Tuhan. Tiada yang lain,
kecuali Dia” (Deutronomy 4:35)
“Dengar wahai Bani Israel, Tuan
adalah Tuhan kita, Tuhan itu Esa” (Deutronomy 6:4)
“Akulah Tuhan, yang membawa
engkau keluar dari tanah Mesir, dari tempat perbudakan, jangan ada padamu Tuhan
lain di hadapan-Ku” (Exodus 20:2-3)
Bukankah
ini menunjukkan bahawa Jesus sendiri membawa ajaran menyembah Tuhan yang Esa
bukan Konsep Trinity dan tidak pernah mendakwa bahawa beliau adalah anak Tuhan
yang patut disembah seperti kepercayaan penganut Kristian hari ini. Tidak ada
walaupun satu kenyataan yang sahih daripada Jesus bahawa beliau adalah Tuhan
dan menyeru kepada Bani Israel supaya menyembahnya.
Dr
Laurence Brown berkata terdapat 88 ayat di dalam Kitab Perjanjian Lama yang
berbahasa Greek, Jesus mendakwa dan mengakui beliau adalah seorang manusia dan
tidak pernah sama sekali mengatakan bahawa beliau adalah anak Tuhan.
2. Jesus bersunat, tetapi Kristian
tidak bersunat, Jesus mengkafankan mayat, tetapi Kristian tidak, Jesus tidak
makan babi, tetapi Kristian memakannya, Jesus melarang meminum arak, tetapi
arak adalah perkara biasa dalam masyarakat Kristian. Dan kesemua perkara yang
diharamkan oleh Jesus semasa beliau hidup juga merupakan larangan kepada umat
Islam seluruh dunia.
“Dan ketika genap lapan hari dan Ia harus
disunatkan, Ia diberi nama Jesus, iaitu nama yang disebut oleh malaikat sebelum
dikandung ibu-Nya (Luke 2:21).
Bagi
masyarakat Muslim, amalan bersunat adalah wajib tidak kira samaada lelaki atau
perempuan, dan ini menunjukkan bahawa ajaran yang dibawa oleh Jesus dan
Muhammad saw adalah sama.
“Dan Joseph pun
mengambil mayat itu, mengkafaninya dengan kain linen yang putih bersih”
(Matthew 27:59).
Hal
ini adalah sama dengan ajaran Rasulullah saw kepada seluruh umat Islam supaya
menguburkan mayat dengan kain putih, bahkan Yahudi juga mengkafani mayat dengan
kain putih.
Didalam
kitab Imamat cetakan 1991 “Demikian juga
babi, kerana memang berkuku, iaitu kukunya bersela panjang, tetapi tidak
memamah biak, haram itu bagimu (Leviticus 7-8)
Namun
perkataan babi hutan ditambah pada 1996 kononya bagi membezakan antara babi
hutan dan juga babi. Adakah babi hutan dan babi bandar berbeza?
“Oleh sebab itu,
peliharalah dirimu, jangan minum anggur atau minuman yang memabukkan dan jangan
makan sesuatu yang haram. (14) Janganlah ia makan sesuatu yang berasal dari
pohon anggur; anggur atau minuman yang memabukkan tidak boleh diminumnya dan
sesuatu yang haram tidak boleh dimakannya.” (Judges 13 :4 dan 14)
3. Persamaan antara ajaran Jesus
dan Islam bukan setakat larangan sahaja, tetapi terdapat persamaan dalam cara
beribadah kepada Tuhan seperti cara Jesus berwuduk, berkenaan puasa, bersedekah
dan bertahajud.
“Musa dan Harun
serta anak-anaknya membasuh tangan
dan kaki mereka dengan air dari dalamnya. Apabila mereka masuk ke dalam Kemah
Pertemuan dan apabila mereka datang mendekat kepada mezbah itu, maka
mereka membasuh kaki dan tangan seperti yang diperintahkan
TUHAN kepada Musa”.
(Exodus 40:31-32)
“Apabila
kamu berdiri dan berdoa, ampunkanlah kesalahan sesiapa pun, supaya
Bapa kamu yang di syurga juga akan mengampunkan dosa kamu” (Mark 11:25)
“Kemudian
Ia menjauhkan diri dari mereka kira kira selempar batu jaraknya, lalu Ia berlutut dan berdoa, kataNya”. (Luke 22:41)
“Maka Ia maju
sedikit, lalu sujud dan berdoa, kataNya: Ya
BapaKu, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu daripadaKu. Tetapi
janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti Engkau kehendaki”. (Matthew
26:39)
“Maka berjalanlah Ia ke hadapan sedikit, lalu sujud ke tanah, serta berdoa, jikalau boleh
kiranya ketika itu akan terlepas daripada-Nya”. (Mark 14:35)
“Pada waktu itu pergilah Yesus ke bukit untuk berdoa dan semalam-malaman Ia berdoa kepada Tuhan”. (Luke 6:12)
Bagaimana cara beribadahnya seorang Muslim,
begitulah juga cara beribadahnya Jesus dan juga Moses, namun adakah cara
beribadah Jesus sama dengan cara beribadah penganut Kristian yang mengakui
bahawa Jesus adalah Tuhan, sepatutnya sebagai Tuhan yang dicintai semestinya
kita harus menunjukkan dan menzahirkan rasa kecintaan kita kepada Tuhan
dengan mempraktikkan cara yang sama Tuhan beribadat.
|
|
4. Ajaran Jesus juga menyuruh supaya
umatnya berpuasa, tetapi kebanyakan dari penganut Kristian hari ini tidak
berpuasa, namun berpuasa ini adalah salah satu daripada Rukun Islam yang
dilakukan ketika di bulan ramadhan.
“Jangan sampai orang tahu kamu
sedang berpuasa. Hanya Tuhan sahaja yang melihat dari tempat tersembunyi. Hanya
Tuhan yang membalas amalan kamu”. (Matthew 6:16)
5. Jesus juga menyuruh Bani Israel
supaya bersedekah dan mempunyai persamaan dengan ajaran Rasulullah saw yang
juga menggalakkan umatnya supaya bersedekah.
“….tetapi sekiranya kamu
memberi sedekah, janganlah diketahui tangan kirimu apa yang diberikan oleh
tangan kananmu. Hendaklah sedekahmu itu diberikan secara tersembunyi. Tuhan
Bapa yang melihat perkara yang tersembunyi akan membalasnya”. (Matthew 6: 1-4)
6. Selain daripada itu sikap Jesus
juga amatlah bertepatan dengan cara hidup masyarakat Islam kerana Jesus
mengajarkan supaya menyapa satu sama lain seperti memberi salam dalam Islam
ketika bertemu atau menziarahi satu sama lain.
“Kalau kamu
memasuki suatu rumah, katakanlah lebih dahulu: Damailah sejahtera bagi rumah
ini. Dan jikalau disitu ada orang yang layak menerima damai sejahtera, maka
salammu itu akan tinggal atasnya. Tetapi jika tidak, salammu itu kembali
kepadamu”. (Luke 10: 5-6).
Bukankah
ini mempunya persamaan antara ucapan salam yang diucapkan oleh seorang Muslim
apabila pergi berziarah dan ucapan salam sesama Muslim apabila bertemu satu
sama lain dan “damai sejahtera” itu mempunyai maksud yang sama dengan
“Assalamualaikum”
7. Cuba lihat gambar-gambar Jesus
yang diletakkan di gereja dan lukisan atau apa sahaja gambaran tentang wajah
Jesus, sudah pasti kesemua gambar tersebut menggambarkan bahawa Jesus memiliki
janggut, adakah umat Kristian hari ini mengikuti perwatakan Jesus yang
berjanggut? Tetapi janggut bukanlah asing bagi setiap orang Islam yang lelaki,
bahkan ianya disunatkan, kerana bertepatan dengan sunnah Rasululah saw.
8. Selain daripada perwatakan
Jesus yang berjanggut, juga lihat akan patung-patung, lukisan dan gambaran
Ibunda Mary yang pasti kesemua imejnya bertudung, pernahkan antara kita
terjumpa imejnya yang menayangkan rambut? Sudah pasti TIDAK sama sekali, dan
imej bertudung ini adalah sangat sinonim dengan wanita-wanita Islam.
Bagaimanakah
wujudnya kesemua persamaan ini, orang-orang kafir sudah pasti mengatakan
bahawa Muhammad itu meniru apa yang dikatakan oleh Jesus dan ditambah tokok
di dalam agama Islam, sedangkan Muhammad itu terkenal sebagai seorang Rasul
yang “Ummi” tidak tahu membaca dan menulis bahkan tidak pernah sekalipun
berguru seperti Jesus yang sejak dari kecil dikelilingi oleh Rabai yahudi dan
kebijaksanaannya diiktiraf oleh rabai-rabai tersebut.
Bahkan penceramah terkenal
tentang perbandingan agama Dr. Zakir Naik, mengatakan bahawa umat Islam itu adalah
lebih Kristian daripada penganut Kristian sendiri kerana mereka melakukan dan
apa yang disuruh oleh Jesus dan meninggalkan apa yang Jesus larang. Persamaan
ini bukanlah bererti Muhammad itu meniru tetapi lebih kepada membawa risalah
yang sama dengan rasul-rasul terdahulu kerana
ajaran mereka kesemua berasal dari Tuhan yang sama.
|
|
|
|