Islam
itu tinggi, tiada yang lebih tinggi darinya (Riwayat Al Baihaqi)
Orang
orang bukan Islam kadangkala marah apabila orang Islam menggelarkan mereka
sebagai ‘kafir’ seolah olah ia adalah
kata penghinaan, sekalipun mereka tidak mengetahui akan makna kafir itu. Secara
ringkas ia bermaksud seseorang yang menolak konsep Tauhid iaitu Allah itu Esa,
dan tidak menerima Islam di dalam hati mereka. Boleh rujuk https://ms.wikipedia.org/wiki/Kafir
Sesetengah
mereka mempersoalkan mengapa dalam Islam cuma mereka yang beragama Islam sahaja
yang akan masuk syurga, sedangkan ramai orang Islam itu yang banyak melakukan
kejahatan dan ada sesetengah daripada orang kafir itu yang baik, bermurah hati
serta sering melakukan perkara yang mulia lebih dari orang Islam sendiri tetapi
akhirnya ke neraka.
Sekiranya
difikirkan menggunakan akal yang waras, dimanakah letaknya keadilan dalam Islam
jika setiap orang kafir yang baik dimasukkan ke dalam neraka dan orang Islam
yang jahat tetap berpeluang ke syurga, sedangkan orang Islam sering mengatakan
bahawa Islam itu agama yang benar dan setiap mukmin itu wajib mempercayai Islam
adalah agama yang adil.
Allah
telah berjanji di dalam Al-Quran dalam beberapa Surah, dan sememangnya janji
Allah itu pasti. Antaranya:
“Adapun
orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni
neraka; mereka kekal di dalamnya”. (Al-Baqarah 2:39)
“Tidaklah pantas
orang-orang musyrik itu memakmurkan masjid-masjid Allah, sedangkan mereka
mengakui bahawa mereka sendiri kafir, itulah orang-orang yang sia-sia
pekerjaannya, dan mereka kekal di dalam neraka”. (At-Taubah 9:17)
“Bukankah dalam
neraka jahanam itu ada tempat bagi orang-orang yang kafir (A-Ankabut”. 29:68)
“Dan orang-orang
kafir, bagi mereka neraka jahanam. Mereka tidak dibinasakan sehingga mereka
tidak mati dan tidak (pula) diringankan dari azabnya”. (Fathir 35:36)
Konsep
ini begitu senang untuk diterangkan kepada orang-kafir, umpama Encik XXX yang
bekerja untuk syarikat YYY, sebagai majikan, syarikat YYY telah menyediakan
pelbagai kemudahan untuk pekerjanya seperti peralatan menulis, computer,
makanan percuma, aircond dan lain-lain (merujuk kepada nikmat yang Allah
berikan semasa didunia).
Namun Encik XXX sebagai pekerja tidak melakukan kerja yang disuruh oleh syarikat YYY, tetapi melakukan kerja untuk syarikat ZZZ, setelah bertungkus lumus bekerja, pada hujung bulan Encik XXX datang ke syarikat YYY untuk menuntu gajinya, adakah selayak Encik XXX menuntut gaji daripada syarikat YYY atas segala kerja yang telah dilakukan? Sudah tentu tidak layak, kerana Encik XXX tidak bekerja untuk majikannya, sebaliknya bekerja untuk syarikat lain.
Namun Encik XXX sebagai pekerja tidak melakukan kerja yang disuruh oleh syarikat YYY, tetapi melakukan kerja untuk syarikat ZZZ, setelah bertungkus lumus bekerja, pada hujung bulan Encik XXX datang ke syarikat YYY untuk menuntu gajinya, adakah selayak Encik XXX menuntut gaji daripada syarikat YYY atas segala kerja yang telah dilakukan? Sudah tentu tidak layak, kerana Encik XXX tidak bekerja untuk majikannya, sebaliknya bekerja untuk syarikat lain.
Bagi Encik AAA (orang Islam) sekalipun kerap ponteng dan banyak melakukan
kesalahan semasa melakukan kerja untuk syarikat YYY, di hujung bulan beliau
tetap layak untuk menuntut gaji pada syarikat YYY kerana beliau bekerja untuk
syarikat YYY dan bukan syarikat lain seperti Encik XXX.
Begitulah
dalam Islam, sekalipun orang kafir itu melakukan perkara yang baik, Allah tidak
akan menerima pahala mereka, namun Allah dengan rahmatnya yang besar tetap
memberikan segala nikmat didunia walaupun merka tidak beriman, namun di akhirat
mereka akan menerima azab siksa neraka kerana mereka tidak bekerja untuk Tuhan
yang sebenarnya, tetapi menyembah Tuhan palsu yang tidak berdaya untuk memberi mudharat
atau memberi nikmat kepada sesiapa.
Adakah
contoh ini cukup menunjukkan yang Allah itu MAHA ADIL?
Matlamat
seorang Mukmin itu bukanlah dunia ini, kerana dalam Islam dunia ini langsung
tiada nilai dan matlamat sebenar adalah kehidupan akhirat. Kerana itu Allah
akan menyegerakan balasan kepada orang kafir akan kebaikan yang dilakukannya
didunia, contohnya diberikan kekayaan yang melimpah ruah dan dipanjangkan
umurnya, kemudian akan menerima balasan kejahatannya di akhirat, kerana itu ramainya
daripada orang kafir yang hidupnya amat mewah dan ramai daripada kalangan orang
Islam itu terdiri dari orang-orang miskin (namun Allah tidak melarang orang
Islam itu dari mencari kesenangan dunia).
Dari Abu
Hurairah, Rasulullah saw bersabda: “Dunia adalah penjara bagi orang Mukmin dan
syurga bagi orang kafir” (Riwayat Muslim)
Imam
Nawawi rahimahullah dalam Syarh Shahih Muslim menerangkan; “Orang Mukmin
terpenjara di dunia kerana perlu menahan diri dari melakukan perkara yang
diharamkan dan dimakhruhkan dan juga diperintahkan untuk melakukan ketaatan.
Ketika ia mati, barulah ia berehat dari hal itu dan kemudian akan memperoleh
apa yang Allah swt janjikan dengan kenikmatan syurga yang kekal dan mendapati
pengistirehatan yang jauh dari sifat kurang. Adapun orang kafir, dunia yang
diperoleh sedikit atau banyak, ketika ia meninggal dunia, ia akan mendapat azab
(siksa) yang kekal abadi.
“Tidakkah kamu
terfikir bagaimana tidak berharganya bangkai kambing ini bagi tuannya? Demi
Allah, dunia ini lebih hina pada pandangan Allah daripada kambing ini menurut
pandangan tuannya. Kalaulah dunia ini sama (nilainya) di sisi Allah dengan
sehelai sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir
itu walaupun seteguk air”. (Riwayat Turmidzi, Ibn Majah & Al-Hakim)
“TIADA
KEHIDUPAN DUNIA MELAINKAN KEHIDUPAN AKHIRAT, DAN SEBAIK-BAIK KEHIDUPAN ADALAH
KEHIDUPAN AKHIRAT”
No comments:
Post a Comment