Friday, 11 March 2016

Jesus adalah Muslim?

Ajaran Kristian mempunya banyak persamaan dengan ajaran Islam, namun perkara pokok yang menjadi asas agama Islam iaitu Tauhid (meng Esakan Allah) bertentangan dengan konsep ketuhanan yang dibawa oleh Kristian iaitu Trinity (Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus). Islam percaya bahawa Jesus adalah antara 25 Rasul yang mulia yang dikurniakan mukjizat, sama seperti para Rasul yang lain yang membawa risalah ketuhanan serta ajaran yang sama dengan Rasulullah saw, supaya menyembah hanya Allah yang Esa (tidak beranak dan tidak diperanakkan).

Bagi membuktikan yang kemungkinan Jesus itu Muslim, kita perlu tahu bahawa Jesus sama sekali tidak tahu tentang agama Kristian dan tidak pernah menggelarkan ajaran yang dibawanya sebagai Kristian kerana ia dikembangkan oleh Paul iaitu 40 tahun selepas kematian Jesus dan disebut dalam Perjanjian Baru;

“Di Antioch, murid murid itu disebut sebagai Kristian buat pertama kali”. (Acts, 11:26)

Ini menunjukkan ajaran yang dibawa oleh Jesus bukan Kristian, bahkan ada antara ajarannya yang bertentangan dengan pemahaman penganut Kristian, tetapi amat sama dengan ajaran yang dibawa oleh Rasullah saw dan para umat Muslim sekelian antaranya:

1.    Konsep Tauhid (mengEsakan Allah) adalah ajaran yang dibawa oleh Moses dalam Kitab perjanjian Lama, ajaran yang dibawa oleh Moses adalah menyembah Tuhan yang satu, tidak pernah sekalipun terdapat Rasul sebelum Moses seperti David, Yohanes, Noah dan lain-lain yang membawa Konsep Trinity, bahkan Jesus sendiri mengaku bahawa beliau cuma menyambung dan menggenapi ajaran Moses bukan menidakkannya hukum Torah (Matthew 5:17). Beliau juga secara jelas mengajarkan konsep Tuhan yang satu kepada pengikutnya seperti

“Akulah Tuhan. Tiada yang lain, kecuali Dia” (Deutronomy 4:35)

“Dengar wahai Bani Israel, Tuan adalah Tuhan kita, Tuhan itu Esa” (Deutronomy 6:4)

“Akulah Tuhan, yang membawa engkau keluar dari tanah Mesir, dari tempat perbudakan, jangan ada padamu Tuhan lain di hadapan-Ku” (Exodus 20:2-3)

Bukankah ini menunjukkan bahawa Jesus sendiri membawa ajaran menyembah Tuhan yang Esa bukan Konsep Trinity dan tidak pernah mendakwa bahawa beliau adalah anak Tuhan yang patut disembah seperti kepercayaan penganut Kristian hari ini. Tidak ada walaupun satu kenyataan yang sahih daripada Jesus bahawa beliau adalah Tuhan dan menyeru kepada Bani Israel supaya menyembahnya.

Dr Laurence Brown berkata terdapat 88 ayat di dalam Kitab Perjanjian Lama yang berbahasa Greek, Jesus mendakwa dan mengakui beliau adalah seorang manusia dan tidak pernah sama sekali mengatakan bahawa beliau adalah anak Tuhan.

2.    Jesus bersunat, tetapi Kristian tidak bersunat, Jesus mengkafankan mayat, tetapi Kristian tidak, Jesus tidak makan babi, tetapi Kristian memakannya, Jesus melarang meminum arak, tetapi arak adalah perkara biasa dalam masyarakat Kristian. Dan kesemua perkara yang diharamkan oleh Jesus semasa beliau hidup juga merupakan larangan kepada umat Islam seluruh dunia.

Dan ketika genap lapan hari dan Ia harus disunatkan, Ia diberi nama Jesus, iaitu nama yang disebut oleh malaikat sebelum dikandung ibu-Nya (Luke 2:21).

Bagi masyarakat Muslim, amalan bersunat adalah wajib tidak kira samaada lelaki atau perempuan, dan ini menunjukkan bahawa ajaran yang dibawa oleh Jesus dan Muhammad saw adalah sama.

“Dan Joseph pun mengambil mayat itu, mengkafaninya dengan kain linen yang putih bersih” (Matthew 27:59).

Hal ini adalah sama dengan ajaran Rasulullah saw kepada seluruh umat Islam supaya menguburkan mayat dengan kain putih, bahkan Yahudi juga mengkafani mayat dengan kain putih.

Didalam kitab Imamat cetakan 1991 “Demikian juga babi, kerana memang berkuku, iaitu kukunya bersela panjang, tetapi tidak memamah biak, haram itu bagimu (Leviticus 7-8)

Namun perkataan babi hutan ditambah pada 1996 kononya bagi membezakan antara babi hutan dan juga babi. Adakah babi hutan dan babi bandar berbeza?

“Oleh sebab itu, peliharalah dirimu, jangan minum anggur atau minuman yang memabukkan dan jangan makan sesuatu yang haram. (14) Janganlah ia makan sesuatu yang berasal dari pohon anggur; anggur atau minuman yang memabukkan tidak boleh diminumnya dan sesuatu yang haram tidak boleh dimakannya.” (Judges 13 :4 dan 14)

3.    Persamaan antara ajaran Jesus dan Islam bukan setakat larangan sahaja, tetapi terdapat persamaan dalam cara beribadah kepada Tuhan seperti cara Jesus berwuduk, berkenaan puasa, bersedekah dan bertahajud.

Musa dan Harun serta anak-anaknya membasuh  tangan dan kaki mereka dengan air dari dalamnya. Apabila mereka masuk ke dalam Kemah Pertemuan dan apabila mereka datang mendekat kepada mezbah itu, maka mereka membasuh kaki dan tangan seperti yang diperintahkan  TUHAN kepada Musa”. (Exodus 40:31-32)

“Apabila kamu berdiri dan berdoa, ampunkanlah kesalahan sesiapa pun, supaya Bapa kamu yang di syurga juga akan mengampunkan dosa kamu” (Mark 11:25)
“Kemudian Ia menjauhkan diri dari mereka kira kira selempar batu jaraknya, lalu Ia berlutut dan berdoa, kataNya”. (Luke 22:41)

“Maka Ia maju sedikit, lalu sujud dan berdoa, kataNya: Ya BapaKu, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu daripadaKu. Tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti Engkau kehendaki”. (Matthew 26:39)

“Maka berjalanlah Ia ke hadapan sedikit, lalu sujud ke tanah, serta berdoa, jikalau boleh kiranya ketika itu akan terlepas daripada-Nya”. (Mark 14:35)
                                                       
“Pada waktu itu pergilah Yesus ke bukit untuk berdoa dan semalam-malaman Ia berdoa kepada Tuhan”. (Luke 6:12)

Bagaimana cara beribadahnya seorang Muslim, begitulah juga cara beribadahnya Jesus dan juga Moses, namun adakah cara beribadah Jesus sama dengan cara beribadah penganut Kristian yang mengakui bahawa Jesus adalah Tuhan, sepatutnya sebagai Tuhan yang dicintai semestinya kita harus menunjukkan dan menzahirkan rasa kecintaan kita kepada Tuhan dengan mempraktikkan cara yang sama Tuhan beribadat.

4.    Ajaran Jesus juga menyuruh supaya umatnya berpuasa, tetapi kebanyakan dari penganut Kristian hari ini tidak berpuasa, namun berpuasa ini adalah salah satu daripada Rukun Islam yang dilakukan ketika di bulan ramadhan.

“Jangan sampai orang tahu kamu sedang berpuasa. Hanya Tuhan sahaja yang melihat dari tempat tersembunyi. Hanya Tuhan yang membalas amalan kamu”. (Matthew 6:16)

5.    Jesus juga menyuruh Bani Israel supaya bersedekah dan mempunyai persamaan dengan ajaran Rasulullah saw yang juga menggalakkan umatnya supaya bersedekah.

“….tetapi sekiranya kamu memberi sedekah, janganlah diketahui tangan kirimu apa yang diberikan oleh tangan kananmu. Hendaklah sedekahmu itu diberikan secara tersembunyi. Tuhan Bapa yang melihat perkara yang tersembunyi akan membalasnya”. (Matthew 6: 1-4)

6.    Selain daripada itu sikap Jesus juga amatlah bertepatan dengan cara hidup masyarakat Islam kerana Jesus mengajarkan supaya menyapa satu sama lain seperti memberi salam dalam Islam ketika bertemu atau menziarahi satu sama lain.

“Kalau kamu memasuki suatu rumah, katakanlah lebih dahulu: Damailah sejahtera bagi rumah ini. Dan jikalau disitu ada orang yang layak menerima damai sejahtera, maka salammu itu akan tinggal atasnya. Tetapi jika tidak, salammu itu kembali kepadamu”. (Luke 10: 5-6).

Bukankah ini mempunya persamaan antara ucapan salam yang diucapkan oleh seorang Muslim apabila pergi berziarah dan ucapan salam sesama Muslim apabila bertemu satu sama lain dan “damai sejahtera” itu mempunyai maksud yang sama dengan “Assalamualaikum”

7.    Cuba lihat gambar-gambar Jesus yang diletakkan di gereja dan lukisan atau apa sahaja gambaran tentang wajah Jesus, sudah pasti kesemua gambar tersebut menggambarkan bahawa Jesus memiliki janggut, adakah umat Kristian hari ini mengikuti perwatakan Jesus yang berjanggut? Tetapi janggut bukanlah asing bagi setiap orang Islam yang lelaki, bahkan ianya disunatkan, kerana bertepatan dengan sunnah Rasululah saw.

8.  Selain daripada perwatakan Jesus yang berjanggut, juga lihat akan patung-patung, lukisan dan gambaran Ibunda Mary yang pasti kesemua imejnya bertudung, pernahkan antara kita terjumpa imejnya yang menayangkan rambut? Sudah pasti TIDAK sama sekali, dan imej bertudung ini adalah sangat sinonim dengan wanita-wanita Islam.

    Bagaimanakah wujudnya kesemua persamaan ini, orang-orang kafir sudah pasti mengatakan bahawa Muhammad itu meniru apa yang dikatakan oleh Jesus dan ditambah tokok di dalam agama Islam, sedangkan Muhammad itu terkenal sebagai seorang Rasul yang “Ummi” tidak tahu membaca dan menulis bahkan tidak pernah sekalipun berguru seperti Jesus yang sejak dari kecil dikelilingi oleh Rabai yahudi dan kebijaksanaannya diiktiraf oleh rabai-rabai tersebut. 

  Bahkan penceramah terkenal tentang perbandingan agama Dr. Zakir Naik, mengatakan bahawa umat Islam itu adalah lebih Kristian daripada penganut Kristian sendiri kerana mereka melakukan dan apa yang disuruh oleh Jesus dan meninggalkan apa yang Jesus larang. Persamaan ini bukanlah bererti Muhammad itu meniru tetapi lebih kepada membawa risalah yang sama dengan rasul-rasul terdahulu kerana  ajaran mereka kesemua berasal dari Tuhan yang sama.





No comments:

Post a Comment