Kisah
1
Diceritakan
oleh Jabir bin Samurah tentang penduduk Kuffah yang mengadukan tentang Saad bin
Abi Waqqas kepada Umar Al-Khattab tentang Saad yang dikatakan tidak sempurna
solatnya, lalu Umar memanggil Saad untuk ditanyakan tentang perkara tersebut “Wahai
Abu Ishak, sesungguhnya penduduk Kuffah mengatakan bahawa kamu tidak sempurna
solatnya” Kemudian Saad berkata “Adapun saya demi Allah, sesungguhnya saya
solat seperti Rasulullah saw dan tidak menyimpang sedikitpun. Apabila saya solat
isyak, maka saya agak lama pada 2 rakaat yang pertama dan saya lebh cepat pada
2 rakaat akhir”. Lalu Umar berkata “Demikianlah persangkaan terhadap dirimu
wahai Abu Ishak”.
Lalu
Umar menghantar beberapa orang sahabat bersama Saad bin Ab Waqqas pergi ke
Kuffah untuk bertanyakan hal tersebut kepada seluruh penduduk Kuffah.
Keseluruhan masjid memuji akan keadaan Saad dan kebaikannya. Tetapi ketika
mereka memasuki masjid Bani Abs, terdapat seseotrang yang bernama Usamah bin
Qatadah dan berkata “Apabila kamu mengatakan tentang Saad kepada kami, maka
sesungguhnya ia adalah pemimpin yang tidak pernah memimpin pasukan, tidak
membahagikan harta rampasan perang secara samarata dan tidak adil dalam
menentukan hukum”.
Ketika
itu Saad berdoa dengan tiga perkara “Wahai Allah, apabila hambaMu ini berdusta
hanya kerana riak dam sum’ah (menjilat/mengampu) maka panjangkanlah usianya,
dan lanjutkanlah kemiskinannya serta timpakanlah fitnah kepadanya. Beberapa ketika
keaadaan Allah swt telah mengabulkan doa Saad dan apabla ditanya oleh seseorang
kepada Usamah beliau berkata “saya tua dan renta serta ditimpa pelbagai fitnah
(cubaan) adalah kerana doa Saad”
Abdul
Malik bin Umair dan Jabir bin Samurah berkata “saya sendiri telah melihat
Usamah begitu tua hingga kelopak matanya hampir menutupi kedua matanya dan
selalu duduk di tepi jalan untuk menunggu perempuan yang lalu lalang disitu (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Kisah
2
Diceritakan
oleh Urwah bin Jubair dimana Arwa bin Aus mengadukan kepada Marwan bin Al-Hakam
tentang Sa’id bin Zaid bin Amr bin Nufail yang menuduh Sa’id merampas
sebahagian tanahnya. Kemudian Sa’id berkata “saya telah merampas tanahnya sedangkan
saya mendengar sabda Rasulullah saw? Lalu Marwan bertanya “Apakah yang kamu
dengar dari Rasulullah? Sa’id menjawab “Barangsiapa yang merampas sejengkal
tanah dengan inaya, maka akan dikalung
ke lehernya tujuh petala bumi” Kemudian Marwan berkata kepadanya “saya
tidak akan minta bukti kepadamu setelah kamu berkata begitu”. Sa’id lantas
berdoa “Wahai Allah, apabila Arwa berdusta semoga dibutakan matanya dan semoga
ia mati di bumi yang dipersoalkannya itu”.
Urwah
menceritakan bahawa Arwa benar benar buta sebelum mati dan suatu ketika ia
berjalan pada tanah tersebut kemudian ia jatuh terperosok ke dalam sebuah
lubang sehingga ia mati disitu (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam
riwayat Muslim dikatakan dari Muhammad bin Zaid bin Abdullah bin Umar dengan
maksud yang sama dan diceritakan bahawa ia melihat Arwa itu berjalan dengan
meraba raba dinding dan berkata “saya tertimpa musibah akibat doa Sa’id” dan
bahawasanya sewaktu ia berjalan di tanah tersebut, ia terperosok ke dalam sumur
(telaga) yang berada di situ sehingga ia mati dan telaga itulah yang merupakan
kubur baginya.
Daripada
kedua-dua kisah ini ada beberapa perkara yang patut diambil iktibar antaranya
- Hendaklah menjauhi agar tidak melakukan penginayaan atau kezaliman terhadap orang lain kerana dosa orang yang terinaya ini tiada hijjab dan pasti dimakbulkan Allah swt.
- Setiap orang yang diinaya atau dizalimi berhak untuk berdoa kepada Allah agar menimpakan musibah kepada orang yang menzalimi kita.
- Takutlah akan doa orang-orang alim kerana dekatnya hubungan mereka dengan Allah.
- Jangan ada sifat sum'ah (mengampu) dalam hati terhadap penguasa sehingga menzalimi orang lain.
- Setiap perkara yang diadukan atau diceritakan oleh orang lain, jangan cepat mempercayai dan menghukum sehingga ditanya kedua dua belah pihak bagi mencari kebenaran.
- Sekiranya menjadi pemimpin, hukumlah sesuatu itu dengan adil agar tiada pihak yang terinaya kerana akan ditanya oleh Allah akan apa yang kita pimpin semasa di dunia.
No comments:
Post a Comment