Suatu ketika Tuan Maulana Rahmatullah
Karanvi telah menemui seorang mubaligh Kristian untuk berdiskusi bagi
membuktikan bahawa Jesus adalah anak Tuhan dan mati bagi menebus dosa umat
manusia. Ketika berlangsungnya perbincangan tersebut yang bagaikan tiada penghujung,
maka seorang daripada pembantu Maulana telah masuk dan membisikkan sesuatu ke
telinganya. Dengan tiba tiba air muka Maulana Rahmatullah Karanvi bertukar
sedih dan beliau terus menangis.
Melihat akan Maulana Karanvi
yang menangis maka mubaligh tersebut terus bertanya akan berita sedih apakah
yang menimpa Maulana, lalu Maulana Karanvi Rahimatullah menjawab “pembantuku
baru memberi khabar duka bahawa malaikat Jibril telah wafat”. Mendengar akan
jawapan Maulana tersebut mubaligh itu terus ketawa terbahak bahak dan berkata “Wahai
Maulana, kamu seorang yang bijak pandai, bagaimana kamu boleh mempercayai
sesuatu berita yang pelik seperti ini, mana mungkin malaikat akan mati”. Terus sahaja
persoalan mubaligh tersebut dijawab oleh Maulana Karanvi Rahimatullah dengan
berkata “jika Tuhan boleh mati, mengapa tidak malaikat”? maka berlalu pergilah
mubaligh tersebut kerana malu tanpa berkata sepatahpun.
# Dari
Ceramah Dr. Zakir Naik
No comments:
Post a Comment