Pedophile
adalah istilah yang diberikan untuk seorang dewasa yang kecenderungan sexnya
tertarik kepada kanak kanak. Umum semua mengetahui bahawa Rasulullah saw
mengahwini Saidatina A’isyah ra semasa A’isyah berumur 6 tahun. Sebagai seorang
Islam yang memuliakan Nabi Muhammad saw adalah wajib bagi kita menangkis
tuduhan tuduhan palsu terhadap baginda saw. Disini saya menyediakan beberapa
hujah yang boleh digunakan oleh umat Islam untuk menangkis tuduhan bahawa
baginda Rasulullah saw itu adalah seorang yang gila sex dan Pedophile secara
ilmiah.
1. Mari kita bicarakan bagi
masyarakat berbangsa Melayu sekitar tahun 50an hingga 60an dahulu yang belum
pun mencapai 100 tahun. Perkahwinan muda adalah amat biasa, contohnya tanyalah
pada nenek moyang kita dahulu sekiranya mereka masih hidup, pasti mereka berkahwin
pada usia yang amat muda sekitar 12 tahun dan 15 tahun dan mereka menimang
cahayamata pada usia yang amat muda, sekiranya masih terdapat anak dara dalam
lingkungan 20an masih belum berkahwin, sudah pasti akan di panggil anak dara
tua.
Adakah
kita layak mengatakan kepada atuk moyang kita bahawa mereka juga adalah
phedophile kerana berkahwin dengan nenek kita sewaktu mereka masih muda kerana terdapat
perbezaan masa dan zaman?
Rasulullah
saw hidup 1400 tahun dahulu, budaya dan adat mereka adalah berlainan dengan
adat dan budaya di zaman ini. Sir Edward Coke (abad ke 17) menyatakan dengan
jelas bahawa “perkahwinan kanak kanak perempuan di bawah umur 12 tahun adalah
normal di United Kingdom, USA dan beberapa bahagian lain di dunia pada 800
tahun dahulu”. Bagaimana kita di zaman ini hendak menilai sedangkan Rasulullah
saw telah berkahwin dengan Saidatina A’isyah pada 1400 tahun lampau dan kita
tidak pernah melalui apa yang pernah mereka lalui?
2. Pelbagai tuduhan yang
dilemparkan oleh kafir Quraisy kepada baginda seperti Muhammad gila, tukang
sihir, penyair, pemecah belah kaum Quraisy dan bermacam tuduhan lain, dan tidak
pernah wujud sekalipun tuduhan bahawa Rasulullah saw itu adalah seorang
pedophile oleh kaum kafir Quraisy pada zamannya. Sekiranya perkahwinan
Rasulullah dengan Saidatina A’isyah ra adalah bertentangan dengan adat dan
budaya masyarakat setempat dan ia adalah perkara yang salah, sudah tentu awal
awal lagi Nabi Muhammad saw itu telah digelarkan oleh kafir Quraisy sebagai
Pedophile dan mengapa tuduhan ini hanya wujud setelah 1400 tahun kemangkatan
beliau.
3. Kerana tidak tahan dengan
bertambahnya bilangan kaum Muslimin yang memeluk Islam, Kaum Musyrikin Makkah
telah menawarkan kepada baginda pelbagai kemewahan, pangkat yang tinggi hingga
sanggup mengangkat baginda menjadi raja dan menawarkan wanita cantik dengan syarat,
Rasulullah saw sanggup menghentikan kegiatan dakwah menyeru kepada Islam.
Sekiranya
benar baginda Pedophile seperti tuduhan yang dilemparkan oleh orang orang
kafir, sudah tentu baginda akan menerima tawaran ini tanpa ragu ragu. Hinggakan
Baginda bersabda “Wahai pakcikku (merujuk kepada Abu Thalib) Demi Allah,
sekiranya diletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan disebelah kiriku
supaya aku berhenti berdakwah, pasti aku tidak akan berhenti sehingga Allah
memberikan kemenangan atau aku binasa dalam perjuangan”.
4. Sekiranya benar tuduhan yang
dilemparkan oleh orang kafir terhadap Rasulullah saw, sudah pasti kesemua
isteri nabi yang dinikahi adalah dari kanak-kanak, tetapi hanya Saidatina A’isyah
sahaja yang Rasulullah saw nikahi yang berumur 6 tahun masih perawan dan hakikat kesemua isteri
baginda adalah janda, bahkan Saidatina Khatijah
isteri pertama Rasulullah saw adalah janda yang telah mencapai umur 40 tahun.
5. Ketika Rasulullah saw menikahi
Saidatina A’isyah ketika berumur 6 tahun dan “bersama” sebagai suami isteri
ketika Saidatina A’isyah berumur 9 tahun, adakah seorang Pedolphile perlu
menunggu dan bersabar sehingga 3 tahun baru akan melunaskan nafsunya terhadap
mangsa?
6. Jika Saidatina A’isyah ra itu
yang dikatakan oleh orang kafir sebagai “mangsa” kerakusan nafsu Muhammad,
sudah pasti beliau telah mengalami depresi, perasaan rendah diri, kesepian dan
lain lain masalah mental dan masalah jiwa kerana telah mengalami penginayaan, seperti
kebanyakan mangsa yang pernah melalui sejarah hitam tersebut, tetapi hakikatnya
tiada langsung tanda-tanda yang beliau mengalami ganguan sexual dari Muhammad
dan beliau begitu bahagia menjalani kehidupannya dengan Rasulullah saw.
7. Apabila ditanya kepada
Saidatina A’isyah ra tentang akhlak Rasulullah saw, A’isyah ra berkata bahawa “akhlak
Rasulullah saw adalah umpama Al-Quran, yakni beliau rela apa yang direlakan
Al-Quran dan membenci apa yang dibencinya”.
Sepanjang
hidupnya, tidak pernah sekalipun keluar daripada mulut Saidatina A’isyah ra
bahawa Rasulullah itu begitu, Rasulullah itu begini dan menceritakan keburukan
Nabi Muhammad saw walaupun sekali, tetapi hanya pujian dan kesenangannya
sepanjang perkahwinan dengan Rasulullah saw.
Orang
orang kafir mengatakan bahawa A’isyah dijadikan sebagai “mangsa” kepada Rasulullah
saw yang gila sex (Nauzubillah hi Minzalik) bagaimana A’isyah ra sebagai
seorang “mangsa” boleh mengatakan bahawa akhlak Rasulullah itu adalah akhlak
yang amat sempurna sepertimana Al-Quran. Tetapi dituduh oleh orang kafir
sebagai Pedophile tanpa usul periksa. Adakah seorang “mangsa” akan menceritakan
kesenangannya dan betapa bahagianya dia sepanjang perkahwinannya dengan Nabi
Muhammad saw. Adakah orang orang kafir ini lebih mengenali Rasulullah lebih
daripada isterinya sendiri?
Kita
tidak perlu untuk melihat contoh yang jauh, lihat saja kepada ibu kita di
rumah, adakah sepanjang perkahwinan ibubapa kita, ibu kita tidak pernah
bersungut kepada anak anak atau kepada kaum keluarga tentang suaminya? Tidak
perlu untuk menunggu sepanjang hidup, sedangkan bertandang ke rumah jiran
seminggu sekali pun pasti ada perkara yang hendak disungutkan tentang suami
mereka, bukan bermakna bapa kita jahat, tetapi menunjukkan bahawa kita semua
tidak sempurna, tetapi Rasulullah itu adalah maksum dan terpelihara dari dosa.
Semoga artikel ini membantu untuk menangkis tuduhan palsu dan jahat terhadap Rasulullah saw serta akan menambah kecintaan kita kepada baginda dan memperkukuhkan keimanan kita kepada Islam.
Semoga artikel ini membantu untuk menangkis tuduhan palsu dan jahat terhadap Rasulullah saw serta akan menambah kecintaan kita kepada baginda dan memperkukuhkan keimanan kita kepada Islam.
No comments:
Post a Comment