Thursday, 31 March 2016

Takutlah Kamu Akan Doa Orang Terinaya


Kisah 1

Diceritakan oleh Jabir bin Samurah tentang penduduk Kuffah yang mengadukan tentang Saad bin Abi Waqqas kepada Umar Al-Khattab tentang Saad yang dikatakan tidak sempurna solatnya, lalu Umar memanggil Saad untuk ditanyakan tentang perkara tersebut “Wahai Abu Ishak, sesungguhnya penduduk Kuffah mengatakan bahawa kamu tidak sempurna solatnya” Kemudian Saad berkata “Adapun saya demi Allah, sesungguhnya saya solat seperti Rasulullah saw dan tidak menyimpang sedikitpun. Apabila saya solat isyak, maka saya agak lama pada 2 rakaat yang pertama dan saya lebh cepat pada 2 rakaat akhir”. Lalu Umar berkata “Demikianlah persangkaan terhadap dirimu wahai Abu Ishak”.

Lalu Umar menghantar beberapa orang sahabat bersama Saad bin Ab Waqqas pergi ke Kuffah untuk bertanyakan hal tersebut kepada seluruh penduduk Kuffah. Keseluruhan masjid memuji akan keadaan Saad dan kebaikannya. Tetapi ketika mereka memasuki masjid Bani Abs, terdapat seseotrang yang bernama Usamah bin Qatadah dan berkata “Apabila kamu mengatakan tentang Saad kepada kami, maka sesungguhnya ia adalah pemimpin yang tidak pernah memimpin pasukan, tidak membahagikan harta rampasan perang secara samarata dan tidak adil dalam menentukan hukum”.

Ketika itu Saad berdoa dengan tiga perkara “Wahai Allah, apabila hambaMu ini berdusta hanya kerana riak dam sum’ah (menjilat/mengampu) maka panjangkanlah usianya, dan lanjutkanlah kemiskinannya serta timpakanlah fitnah kepadanya. Beberapa ketika keaadaan Allah swt telah mengabulkan doa Saad dan apabla ditanya oleh seseorang kepada Usamah beliau berkata “saya tua dan renta serta ditimpa pelbagai fitnah (cubaan) adalah kerana doa Saad”
Abdul Malik bin Umair dan Jabir bin Samurah berkata “saya sendiri telah melihat Usamah begitu tua hingga kelopak matanya hampir menutupi kedua matanya dan selalu duduk di tepi jalan untuk menunggu perempuan yang lalu lalang disitu (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kisah 2

Diceritakan oleh Urwah bin Jubair dimana Arwa bin Aus mengadukan kepada Marwan bin Al-Hakam tentang Sa’id bin Zaid bin Amr bin Nufail yang menuduh Sa’id merampas sebahagian tanahnya. Kemudian Sa’id berkata “saya telah merampas tanahnya sedangkan saya mendengar sabda Rasulullah saw? Lalu Marwan bertanya “Apakah yang kamu dengar dari Rasulullah? Sa’id menjawab “Barangsiapa yang merampas sejengkal tanah dengan inaya, maka akan dikalung  ke lehernya tujuh petala bumi” Kemudian Marwan berkata kepadanya “saya tidak akan minta bukti kepadamu setelah kamu berkata begitu”. Sa’id lantas berdoa “Wahai Allah, apabila Arwa berdusta semoga dibutakan matanya dan semoga ia mati di bumi yang dipersoalkannya itu”.

Urwah menceritakan bahawa Arwa benar benar buta sebelum mati dan suatu ketika ia berjalan pada tanah tersebut kemudian ia jatuh terperosok ke dalam sebuah lubang sehingga ia mati disitu (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat Muslim dikatakan dari Muhammad bin Zaid bin Abdullah bin Umar dengan maksud yang sama dan diceritakan bahawa ia melihat Arwa itu berjalan dengan meraba raba dinding dan berkata “saya tertimpa musibah akibat doa Sa’id” dan bahawasanya sewaktu ia berjalan di tanah tersebut, ia terperosok ke dalam sumur (telaga) yang berada di situ sehingga ia mati dan telaga itulah yang merupakan kubur baginya.

Daripada kedua-dua kisah ini ada beberapa perkara yang patut diambil iktibar antaranya
  1. Hendaklah menjauhi agar tidak melakukan penginayaan atau kezaliman terhadap orang lain kerana dosa orang yang terinaya ini tiada hijjab dan pasti dimakbulkan Allah swt.
  2. Setiap orang yang diinaya atau dizalimi berhak untuk berdoa kepada Allah agar menimpakan musibah kepada orang yang menzalimi kita.
  3. Takutlah akan doa orang-orang alim kerana dekatnya hubungan mereka dengan Allah.
  4. Jangan ada sifat sum'ah (mengampu) dalam hati terhadap penguasa sehingga menzalimi orang lain.
  5. Setiap perkara yang diadukan atau diceritakan oleh orang lain, jangan cepat mempercayai dan menghukum sehingga ditanya kedua dua belah pihak bagi mencari kebenaran.
  6. Sekiranya menjadi pemimpin, hukumlah sesuatu itu dengan adil agar tiada pihak yang terinaya kerana akan ditanya oleh Allah akan apa yang kita pimpin semasa di dunia.



Membakar dan Membuang Abu Mayat Memadam Murka Allah swt

Di zaman Bani Israel dahulu terdapat seorang lelaki yang selalu berbuat maksiat namun selalu akan terkenang akan dosanya lalu bertaubat. Walau bagaimanpun beliau akan kembali untuk melakukan dosa tersebut dan akan kembali bertaubat hingga berkali kali.

Ketika hendak sampai ajalnya, beliau berwasiat kepada kesemuanya anaknya untuk membakar mayatnya dan abu dari mayat yang sudah hancur tersebut perlu dibuang ke tempat yang berjauhan antara satu sama lain. Maka setelah kematiannya, kesemua anak beliau telah melakukan apa yang disuruh oleh bapa mereka dengan melemparkan abu mayat tersebut ke dalam air, di pergunungan dan tempat yang amat jauh antara satu sama lain.
Ketika di akhirat kelak, Allah swt akan memanggil angin dan air untuk membawa dan menyatukan kembali abu mayat lelaki tersebut, maka dengan kehendak Allah swt bercamtumlah seperti sedia kala akan jasad lelaki ini, terkejutlah lelaki tersebut setelah beliau dihidupkan, ketika itu Allah swt yang maha mengetahui berfirman kepada lelaki tersebut “Wahai hambaKu mengapakah engkau membakar mayatmu dan membuang abu mayat secara berjauhan” lalu dijawab oleh lelaki tersebut “Wahai Tuhanku, aku seorang yang berdosa ya Allah, dosaku banyak dan maksiatku tidak berhenti dan aku takut akan azab Kau ya Allah, jadi aku berbuat begitu supaya Engkau tidak berjaya menghimpunkan jasadku dan menghidupkan aku semula ya Allah, maka aku akan selamat akan azab Engkau ya Allah”
Mendengar akan penjelasan lelaki tersebut, Allah swt ketawa lalu berfirman “dengan sebab engkau mempunyai rasa takut kepadaKu walaupun kau berbuat dosa, maka Aku ampunkan engkau dan masuklah ke dalam syurgaKu”. (Riwayat Sahih Muslim) Ceramah Ustaz Nazmi Karim-Kuliyah Kitab Riyadhus Salihin (Bab Taubat Hadith 19)
Daripada kisah ini dapat kita rumuskan antaranya
1.    Keampunan Allah swt itu melebihi kemurkaannya, walaupun kita bermaksiat dan sering melakukan dosa selalulah bertaubat kerana setiap manusia tidak lepas dari melakukan dosa.
2.    Allah swt amat mengetahui apa yang berada di dalam hati kita atau  sesuatu yang kita sembunyikan umpama adanya seekor semut yang kecil di atas batu hitam dimalam yang gelap ketika hujan lebat.
3.    Sekalipun jasad kita telah hancur dan dibawa agin dan air ke tempat yang jauh, Allah swt tetap berkuasa menghidupkan kita kembali untuk menerima balasan atas perbuatan di dunia.

4.    Setiap manusia itu dimasukkan ke dalam syurga atas rahmat Allah swt bahkan Rasulullah saw sekalipun, tetapi neraka Allah itu adalah kerana ingkarnya kita terhadapNya, bahkan Allah swt tidak sesekali akan menzalimi hambaNya.

Friday, 11 March 2016

Jesus adalah Muslim?

Ajaran Kristian mempunya banyak persamaan dengan ajaran Islam, namun perkara pokok yang menjadi asas agama Islam iaitu Tauhid (meng Esakan Allah) bertentangan dengan konsep ketuhanan yang dibawa oleh Kristian iaitu Trinity (Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus). Islam percaya bahawa Jesus adalah antara 25 Rasul yang mulia yang dikurniakan mukjizat, sama seperti para Rasul yang lain yang membawa risalah ketuhanan serta ajaran yang sama dengan Rasulullah saw, supaya menyembah hanya Allah yang Esa (tidak beranak dan tidak diperanakkan).

Bagi membuktikan yang kemungkinan Jesus itu Muslim, kita perlu tahu bahawa Jesus sama sekali tidak tahu tentang agama Kristian dan tidak pernah menggelarkan ajaran yang dibawanya sebagai Kristian kerana ia dikembangkan oleh Paul iaitu 40 tahun selepas kematian Jesus dan disebut dalam Perjanjian Baru;

“Di Antioch, murid murid itu disebut sebagai Kristian buat pertama kali”. (Acts, 11:26)

Ini menunjukkan ajaran yang dibawa oleh Jesus bukan Kristian, bahkan ada antara ajarannya yang bertentangan dengan pemahaman penganut Kristian, tetapi amat sama dengan ajaran yang dibawa oleh Rasullah saw dan para umat Muslim sekelian antaranya:

1.    Konsep Tauhid (mengEsakan Allah) adalah ajaran yang dibawa oleh Moses dalam Kitab perjanjian Lama, ajaran yang dibawa oleh Moses adalah menyembah Tuhan yang satu, tidak pernah sekalipun terdapat Rasul sebelum Moses seperti David, Yohanes, Noah dan lain-lain yang membawa Konsep Trinity, bahkan Jesus sendiri mengaku bahawa beliau cuma menyambung dan menggenapi ajaran Moses bukan menidakkannya hukum Torah (Matthew 5:17). Beliau juga secara jelas mengajarkan konsep Tuhan yang satu kepada pengikutnya seperti

“Akulah Tuhan. Tiada yang lain, kecuali Dia” (Deutronomy 4:35)

“Dengar wahai Bani Israel, Tuan adalah Tuhan kita, Tuhan itu Esa” (Deutronomy 6:4)

“Akulah Tuhan, yang membawa engkau keluar dari tanah Mesir, dari tempat perbudakan, jangan ada padamu Tuhan lain di hadapan-Ku” (Exodus 20:2-3)

Bukankah ini menunjukkan bahawa Jesus sendiri membawa ajaran menyembah Tuhan yang Esa bukan Konsep Trinity dan tidak pernah mendakwa bahawa beliau adalah anak Tuhan yang patut disembah seperti kepercayaan penganut Kristian hari ini. Tidak ada walaupun satu kenyataan yang sahih daripada Jesus bahawa beliau adalah Tuhan dan menyeru kepada Bani Israel supaya menyembahnya.

Dr Laurence Brown berkata terdapat 88 ayat di dalam Kitab Perjanjian Lama yang berbahasa Greek, Jesus mendakwa dan mengakui beliau adalah seorang manusia dan tidak pernah sama sekali mengatakan bahawa beliau adalah anak Tuhan.

2.    Jesus bersunat, tetapi Kristian tidak bersunat, Jesus mengkafankan mayat, tetapi Kristian tidak, Jesus tidak makan babi, tetapi Kristian memakannya, Jesus melarang meminum arak, tetapi arak adalah perkara biasa dalam masyarakat Kristian. Dan kesemua perkara yang diharamkan oleh Jesus semasa beliau hidup juga merupakan larangan kepada umat Islam seluruh dunia.

Dan ketika genap lapan hari dan Ia harus disunatkan, Ia diberi nama Jesus, iaitu nama yang disebut oleh malaikat sebelum dikandung ibu-Nya (Luke 2:21).

Bagi masyarakat Muslim, amalan bersunat adalah wajib tidak kira samaada lelaki atau perempuan, dan ini menunjukkan bahawa ajaran yang dibawa oleh Jesus dan Muhammad saw adalah sama.

“Dan Joseph pun mengambil mayat itu, mengkafaninya dengan kain linen yang putih bersih” (Matthew 27:59).

Hal ini adalah sama dengan ajaran Rasulullah saw kepada seluruh umat Islam supaya menguburkan mayat dengan kain putih, bahkan Yahudi juga mengkafani mayat dengan kain putih.

Didalam kitab Imamat cetakan 1991 “Demikian juga babi, kerana memang berkuku, iaitu kukunya bersela panjang, tetapi tidak memamah biak, haram itu bagimu (Leviticus 7-8)

Namun perkataan babi hutan ditambah pada 1996 kononya bagi membezakan antara babi hutan dan juga babi. Adakah babi hutan dan babi bandar berbeza?

“Oleh sebab itu, peliharalah dirimu, jangan minum anggur atau minuman yang memabukkan dan jangan makan sesuatu yang haram. (14) Janganlah ia makan sesuatu yang berasal dari pohon anggur; anggur atau minuman yang memabukkan tidak boleh diminumnya dan sesuatu yang haram tidak boleh dimakannya.” (Judges 13 :4 dan 14)

3.    Persamaan antara ajaran Jesus dan Islam bukan setakat larangan sahaja, tetapi terdapat persamaan dalam cara beribadah kepada Tuhan seperti cara Jesus berwuduk, berkenaan puasa, bersedekah dan bertahajud.

Musa dan Harun serta anak-anaknya membasuh  tangan dan kaki mereka dengan air dari dalamnya. Apabila mereka masuk ke dalam Kemah Pertemuan dan apabila mereka datang mendekat kepada mezbah itu, maka mereka membasuh kaki dan tangan seperti yang diperintahkan  TUHAN kepada Musa”. (Exodus 40:31-32)

“Apabila kamu berdiri dan berdoa, ampunkanlah kesalahan sesiapa pun, supaya Bapa kamu yang di syurga juga akan mengampunkan dosa kamu” (Mark 11:25)
“Kemudian Ia menjauhkan diri dari mereka kira kira selempar batu jaraknya, lalu Ia berlutut dan berdoa, kataNya”. (Luke 22:41)

“Maka Ia maju sedikit, lalu sujud dan berdoa, kataNya: Ya BapaKu, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu daripadaKu. Tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti Engkau kehendaki”. (Matthew 26:39)

“Maka berjalanlah Ia ke hadapan sedikit, lalu sujud ke tanah, serta berdoa, jikalau boleh kiranya ketika itu akan terlepas daripada-Nya”. (Mark 14:35)
                                                       
“Pada waktu itu pergilah Yesus ke bukit untuk berdoa dan semalam-malaman Ia berdoa kepada Tuhan”. (Luke 6:12)

Bagaimana cara beribadahnya seorang Muslim, begitulah juga cara beribadahnya Jesus dan juga Moses, namun adakah cara beribadah Jesus sama dengan cara beribadah penganut Kristian yang mengakui bahawa Jesus adalah Tuhan, sepatutnya sebagai Tuhan yang dicintai semestinya kita harus menunjukkan dan menzahirkan rasa kecintaan kita kepada Tuhan dengan mempraktikkan cara yang sama Tuhan beribadat.

4.    Ajaran Jesus juga menyuruh supaya umatnya berpuasa, tetapi kebanyakan dari penganut Kristian hari ini tidak berpuasa, namun berpuasa ini adalah salah satu daripada Rukun Islam yang dilakukan ketika di bulan ramadhan.

“Jangan sampai orang tahu kamu sedang berpuasa. Hanya Tuhan sahaja yang melihat dari tempat tersembunyi. Hanya Tuhan yang membalas amalan kamu”. (Matthew 6:16)

5.    Jesus juga menyuruh Bani Israel supaya bersedekah dan mempunyai persamaan dengan ajaran Rasulullah saw yang juga menggalakkan umatnya supaya bersedekah.

“….tetapi sekiranya kamu memberi sedekah, janganlah diketahui tangan kirimu apa yang diberikan oleh tangan kananmu. Hendaklah sedekahmu itu diberikan secara tersembunyi. Tuhan Bapa yang melihat perkara yang tersembunyi akan membalasnya”. (Matthew 6: 1-4)

6.    Selain daripada itu sikap Jesus juga amatlah bertepatan dengan cara hidup masyarakat Islam kerana Jesus mengajarkan supaya menyapa satu sama lain seperti memberi salam dalam Islam ketika bertemu atau menziarahi satu sama lain.

“Kalau kamu memasuki suatu rumah, katakanlah lebih dahulu: Damailah sejahtera bagi rumah ini. Dan jikalau disitu ada orang yang layak menerima damai sejahtera, maka salammu itu akan tinggal atasnya. Tetapi jika tidak, salammu itu kembali kepadamu”. (Luke 10: 5-6).

Bukankah ini mempunya persamaan antara ucapan salam yang diucapkan oleh seorang Muslim apabila pergi berziarah dan ucapan salam sesama Muslim apabila bertemu satu sama lain dan “damai sejahtera” itu mempunyai maksud yang sama dengan “Assalamualaikum”

7.    Cuba lihat gambar-gambar Jesus yang diletakkan di gereja dan lukisan atau apa sahaja gambaran tentang wajah Jesus, sudah pasti kesemua gambar tersebut menggambarkan bahawa Jesus memiliki janggut, adakah umat Kristian hari ini mengikuti perwatakan Jesus yang berjanggut? Tetapi janggut bukanlah asing bagi setiap orang Islam yang lelaki, bahkan ianya disunatkan, kerana bertepatan dengan sunnah Rasululah saw.

8.  Selain daripada perwatakan Jesus yang berjanggut, juga lihat akan patung-patung, lukisan dan gambaran Ibunda Mary yang pasti kesemua imejnya bertudung, pernahkan antara kita terjumpa imejnya yang menayangkan rambut? Sudah pasti TIDAK sama sekali, dan imej bertudung ini adalah sangat sinonim dengan wanita-wanita Islam.

    Bagaimanakah wujudnya kesemua persamaan ini, orang-orang kafir sudah pasti mengatakan bahawa Muhammad itu meniru apa yang dikatakan oleh Jesus dan ditambah tokok di dalam agama Islam, sedangkan Muhammad itu terkenal sebagai seorang Rasul yang “Ummi” tidak tahu membaca dan menulis bahkan tidak pernah sekalipun berguru seperti Jesus yang sejak dari kecil dikelilingi oleh Rabai yahudi dan kebijaksanaannya diiktiraf oleh rabai-rabai tersebut. 

  Bahkan penceramah terkenal tentang perbandingan agama Dr. Zakir Naik, mengatakan bahawa umat Islam itu adalah lebih Kristian daripada penganut Kristian sendiri kerana mereka melakukan dan apa yang disuruh oleh Jesus dan meninggalkan apa yang Jesus larang. Persamaan ini bukanlah bererti Muhammad itu meniru tetapi lebih kepada membawa risalah yang sama dengan rasul-rasul terdahulu kerana  ajaran mereka kesemua berasal dari Tuhan yang sama.





Saturday, 5 March 2016

Mengapa Orang Kafir Masuk Neraka

Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi darinya (Riwayat Al Baihaqi)

Orang orang bukan Islam kadangkala marah apabila orang Islam menggelarkan mereka sebagai  ‘kafir’ seolah olah ia adalah kata penghinaan, sekalipun mereka tidak mengetahui akan makna kafir itu. Secara ringkas ia bermaksud seseorang yang menolak konsep Tauhid iaitu Allah itu Esa, dan tidak menerima Islam di dalam hati mereka. Boleh rujuk https://ms.wikipedia.org/wiki/Kafir

Sesetengah mereka mempersoalkan mengapa dalam Islam cuma mereka yang beragama Islam sahaja yang akan masuk syurga, sedangkan ramai orang Islam itu yang banyak melakukan kejahatan dan ada sesetengah daripada orang kafir itu yang baik, bermurah hati serta sering melakukan perkara yang mulia lebih dari orang Islam sendiri tetapi akhirnya ke neraka.

Sekiranya difikirkan menggunakan akal yang waras, dimanakah letaknya keadilan dalam Islam jika setiap orang kafir yang baik dimasukkan ke dalam neraka dan orang Islam yang jahat tetap berpeluang ke syurga, sedangkan orang Islam sering mengatakan bahawa Islam itu agama yang benar dan setiap mukmin itu wajib mempercayai Islam adalah agama yang adil.

Allah telah berjanji di dalam Al-Quran dalam beberapa Surah, dan sememangnya janji Allah itu pasti. Antaranya:

“Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya”. (Al-Baqarah 2:39)
“Tidaklah pantas orang-orang musyrik itu memakmurkan masjid-masjid Allah, sedangkan mereka mengakui bahawa mereka sendiri kafir, itulah orang-orang yang sia-sia pekerjaannya, dan mereka kekal di dalam neraka”. (At-Taubah 9:17)

“Bukankah dalam neraka jahanam itu ada tempat bagi orang-orang yang kafir (A-Ankabut”. 29:68)

“Dan orang-orang kafir, bagi mereka neraka jahanam. Mereka tidak dibinasakan sehingga mereka tidak mati dan tidak (pula) diringankan dari azabnya”. (Fathir 35:36)

Konsep ini begitu senang untuk diterangkan kepada orang-kafir, umpama Encik XXX yang bekerja untuk syarikat YYY, sebagai majikan, syarikat YYY telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk pekerjanya seperti peralatan menulis, computer, makanan percuma, aircond dan lain-lain (merujuk kepada nikmat yang Allah berikan semasa didunia). 

Namun Encik XXX sebagai pekerja tidak melakukan kerja yang disuruh oleh syarikat YYY, tetapi melakukan kerja untuk syarikat ZZZ, setelah bertungkus lumus bekerja, pada hujung bulan Encik XXX datang ke syarikat YYY untuk menuntu gajinya, adakah selayak Encik XXX menuntut gaji daripada syarikat YYY atas segala kerja yang telah dilakukan? Sudah tentu tidak layak, kerana Encik XXX tidak bekerja untuk majikannya, sebaliknya bekerja untuk syarikat lain.

Bagi Encik AAA (orang Islam) sekalipun kerap ponteng dan banyak melakukan kesalahan semasa melakukan kerja untuk syarikat YYY, di hujung bulan beliau tetap layak untuk menuntut gaji pada syarikat YYY kerana beliau bekerja untuk syarikat YYY dan bukan syarikat lain seperti Encik XXX.

Begitulah dalam Islam, sekalipun orang kafir itu melakukan perkara yang baik, Allah tidak akan menerima pahala mereka, namun Allah dengan rahmatnya yang besar tetap memberikan segala nikmat didunia walaupun merka tidak beriman, namun di akhirat mereka akan menerima azab siksa neraka kerana mereka tidak bekerja untuk Tuhan yang sebenarnya, tetapi menyembah Tuhan palsu yang tidak berdaya untuk memberi mudharat atau memberi nikmat kepada sesiapa.

Adakah contoh ini cukup menunjukkan yang Allah itu MAHA ADIL?

Matlamat seorang Mukmin itu bukanlah dunia ini, kerana dalam Islam dunia ini langsung tiada nilai dan matlamat sebenar adalah kehidupan akhirat. Kerana itu Allah akan menyegerakan balasan kepada orang kafir akan kebaikan yang dilakukannya didunia, contohnya diberikan kekayaan yang melimpah ruah dan dipanjangkan umurnya, kemudian akan menerima balasan kejahatannya di akhirat, kerana itu ramainya daripada orang kafir yang hidupnya amat mewah dan ramai daripada kalangan orang Islam itu terdiri dari orang-orang miskin (namun Allah tidak melarang orang Islam itu dari mencari kesenangan dunia).

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda: “Dunia adalah penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir” (Riwayat Muslim)

Imam Nawawi rahimahullah dalam Syarh Shahih Muslim menerangkan; “Orang Mukmin terpenjara di dunia kerana perlu menahan diri dari melakukan perkara yang diharamkan dan dimakhruhkan dan juga diperintahkan untuk melakukan ketaatan. Ketika ia mati, barulah ia berehat dari hal itu dan kemudian akan memperoleh apa yang Allah swt janjikan dengan kenikmatan syurga yang kekal dan mendapati pengistirehatan yang jauh dari sifat kurang. Adapun orang kafir, dunia yang diperoleh sedikit atau banyak, ketika ia meninggal dunia, ia akan mendapat azab (siksa) yang kekal abadi.

“Tidakkah kamu terfikir bagaimana tidak berharganya bangkai kambing ini bagi tuannya? Demi Allah, dunia ini lebih hina pada pandangan Allah daripada kambing ini menurut pandangan tuannya. Kalaulah dunia ini sama (nilainya) di sisi Allah dengan sehelai sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir itu walaupun seteguk air”. (Riwayat Turmidzi, Ibn Majah & Al-Hakim)

“TIADA KEHIDUPAN DUNIA MELAINKAN KEHIDUPAN AKHIRAT, DAN SEBAIK-BAIK KEHIDUPAN ADALAH KEHIDUPAN AKHIRAT”