Sunday, 27 December 2015

Bagaimana Menjawab Tuduhan Rasulullah Seorang Pedophile Secara Ilmiah

Pedophile adalah istilah yang diberikan untuk seorang dewasa yang kecenderungan sexnya tertarik kepada kanak kanak. Umum semua mengetahui bahawa Rasulullah saw mengahwini Saidatina A’isyah ra semasa A’isyah berumur 6 tahun. Sebagai seorang Islam yang memuliakan Nabi Muhammad saw adalah wajib bagi kita menangkis tuduhan tuduhan palsu terhadap baginda saw. Disini saya menyediakan beberapa hujah yang boleh digunakan oleh umat Islam untuk menangkis tuduhan bahawa baginda Rasulullah saw itu adalah seorang yang gila sex dan Pedophile secara ilmiah.

1. Mari kita bicarakan bagi masyarakat berbangsa Melayu sekitar tahun 50an hingga 60an dahulu yang belum pun mencapai 100 tahun. Perkahwinan muda adalah amat biasa, contohnya tanyalah pada nenek moyang kita dahulu sekiranya mereka masih hidup, pasti mereka berkahwin pada usia yang amat muda sekitar 12 tahun dan 15 tahun dan mereka menimang cahayamata pada usia yang amat muda, sekiranya masih terdapat anak dara dalam lingkungan 20an masih belum berkahwin, sudah pasti akan di panggil anak dara tua.

Adakah kita layak mengatakan kepada atuk moyang kita bahawa mereka juga adalah phedophile kerana berkahwin dengan nenek kita sewaktu mereka masih muda kerana terdapat perbezaan masa dan zaman?

Rasulullah saw hidup 1400 tahun dahulu, budaya dan adat mereka adalah berlainan dengan adat dan budaya di zaman ini. Sir Edward Coke (abad ke 17) menyatakan dengan jelas bahawa “perkahwinan kanak kanak perempuan di bawah umur 12 tahun adalah normal di United Kingdom, USA dan beberapa bahagian lain di dunia pada 800 tahun dahulu”. Bagaimana kita di zaman ini hendak menilai sedangkan Rasulullah saw telah berkahwin dengan Saidatina A’isyah pada 1400 tahun lampau dan kita tidak pernah melalui apa yang pernah mereka lalui?




2.   Pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh kafir Quraisy kepada baginda seperti Muhammad gila, tukang sihir, penyair, pemecah belah kaum Quraisy dan bermacam tuduhan lain, dan tidak pernah wujud sekalipun tuduhan bahawa Rasulullah saw itu adalah seorang pedophile oleh kaum kafir Quraisy pada zamannya. Sekiranya perkahwinan Rasulullah dengan Saidatina A’isyah ra adalah bertentangan dengan adat dan budaya masyarakat setempat dan ia adalah perkara yang salah, sudah tentu awal awal lagi Nabi Muhammad saw itu telah digelarkan oleh kafir Quraisy sebagai Pedophile dan mengapa tuduhan ini hanya wujud setelah 1400 tahun kemangkatan beliau.

3. Kerana tidak tahan dengan bertambahnya bilangan kaum Muslimin yang memeluk Islam, Kaum Musyrikin Makkah telah menawarkan kepada baginda pelbagai kemewahan, pangkat yang tinggi hingga sanggup mengangkat baginda menjadi raja dan menawarkan wanita cantik dengan syarat, Rasulullah saw sanggup menghentikan kegiatan dakwah menyeru kepada Islam.

Sekiranya benar baginda Pedophile seperti tuduhan yang dilemparkan oleh orang orang kafir, sudah tentu baginda akan menerima tawaran ini tanpa ragu ragu. Hinggakan Baginda bersabda “Wahai pakcikku (merujuk kepada Abu Thalib) Demi Allah, sekiranya diletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan disebelah kiriku supaya aku berhenti berdakwah, pasti aku tidak akan berhenti sehingga Allah memberikan kemenangan atau aku binasa dalam perjuangan”.

4. Sekiranya benar tuduhan yang dilemparkan oleh orang kafir terhadap Rasulullah saw, sudah pasti kesemua isteri nabi yang dinikahi adalah dari kanak-kanak, tetapi hanya Saidatina A’isyah sahaja yang Rasulullah saw nikahi yang berumur 6 tahun masih perawan dan hakikat kesemua isteri baginda adalah janda, bahkan Saidatina Khatijah isteri pertama Rasulullah saw adalah janda yang telah mencapai umur 40 tahun.

5.    Ketika Rasulullah saw menikahi Saidatina A’isyah ketika berumur 6 tahun dan “bersama” sebagai suami isteri ketika Saidatina A’isyah berumur 9 tahun, adakah seorang Pedolphile perlu menunggu dan bersabar sehingga 3 tahun baru akan melunaskan nafsunya terhadap mangsa?

6.    Jika Saidatina A’isyah ra itu yang dikatakan oleh orang kafir sebagai “mangsa” kerakusan nafsu Muhammad, sudah pasti beliau telah mengalami depresi, perasaan rendah diri, kesepian dan lain lain masalah mental dan masalah jiwa kerana telah mengalami penginayaan, seperti kebanyakan mangsa yang pernah melalui sejarah hitam tersebut, tetapi hakikatnya tiada langsung tanda-tanda yang beliau mengalami ganguan sexual dari Muhammad dan beliau begitu bahagia menjalani kehidupannya dengan Rasulullah saw.

7.  Apabila ditanya kepada Saidatina A’isyah ra tentang akhlak Rasulullah saw, A’isyah ra berkata bahawa “akhlak Rasulullah saw adalah umpama Al-Quran, yakni beliau rela apa yang direlakan Al-Quran dan membenci apa yang dibencinya”.

Sepanjang hidupnya, tidak pernah sekalipun keluar daripada mulut Saidatina A’isyah ra bahawa Rasulullah itu begitu, Rasulullah itu begini dan menceritakan keburukan Nabi Muhammad saw walaupun sekali, tetapi hanya pujian dan kesenangannya sepanjang perkahwinan dengan Rasulullah saw.

Orang orang kafir mengatakan bahawa A’isyah dijadikan sebagai “mangsa” kepada Rasulullah saw yang gila sex (Nauzubillah hi Minzalik) bagaimana A’isyah ra sebagai seorang “mangsa” boleh mengatakan bahawa akhlak Rasulullah itu adalah akhlak yang amat sempurna sepertimana Al-Quran. Tetapi dituduh oleh orang kafir sebagai Pedophile tanpa usul periksa. Adakah seorang “mangsa” akan menceritakan kesenangannya dan betapa bahagianya dia sepanjang perkahwinannya dengan Nabi Muhammad saw. Adakah orang orang kafir ini lebih mengenali Rasulullah lebih daripada isterinya sendiri?

Kita tidak perlu untuk melihat contoh yang jauh, lihat saja kepada ibu kita di rumah, adakah sepanjang perkahwinan ibubapa kita, ibu kita tidak pernah bersungut kepada anak anak atau kepada kaum keluarga tentang suaminya? Tidak perlu untuk menunggu sepanjang hidup, sedangkan bertandang ke rumah jiran seminggu sekali pun pasti ada perkara yang hendak disungutkan tentang suami mereka, bukan bermakna bapa kita jahat, tetapi menunjukkan bahawa kita semua tidak sempurna, tetapi Rasulullah itu adalah maksum dan terpelihara dari dosa. 

Semoga artikel ini membantu untuk menangkis tuduhan palsu dan jahat terhadap Rasulullah saw serta akan menambah kecintaan kita kepada baginda dan memperkukuhkan keimanan kita kepada Islam.     

Tauhid Seorang Budak

Dari Shuib ra. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Pada zaman dahulu ada seorang Raja yang mempunyai seorang tukang sihir yang sudah lanjut usia”. Beliau berkata kepada rajanya: “Sesungguhnya sekarang saya sudah tua, oleh itu perkenankanlah supaya tuan mencarikan seorang budak untuk saya, dimana saya boleh mengajarkan ilmu sihir kepadanya”. Lalu raja itu memperkenankan permintaan ahli sihir tersebut dan mencari seorang budak untuk diajarkan ilmu sihir. Maka belajarlah budak itu dengan ahli sihir tersebut.

Pada suatu hari semasa dalam perjalanan ke tempat ahli sihir, di tengah perjalanan, budak itu bertemu dengan seorang pendeta yang merupakan satu satunya manusia yang beriman dan mengEsakan Allah swt di negeri tersebut, budak itu telah berhenti untuk mendengarkan ajaran sang pendeta yang menyebabkan beliau lambat untuk mengikuti kelas tukang sihir.

Ketika beliau sampai ke tempat ahli sihir, maka dipukulnya budak itu kemudian beliau mengadukan tentang perkara itu kepada pendeta, lalu pendeta itu berkata: “Bila kamu takut kepada tukang sihir itu, maka katakanlah bahawa keluargamu menahanmu, dan bila kamu takut kepada keluargamu, katakanlah bahawa tukang sihir itu menahanmu”. Maka bergurulahlah akan budak itu dengan sang pendeta dan juga si tukang sihir.

Pada suatu hari ketika berjalan jalan di tengah bandar terdapat seekor binatang yang amat besar dan berbulu lebat, lebatnya bulu binatang tersebut sehingga tidak menampakkan bahagian mukanya atau belakangnya, bintang itu menghalang laluan bandar tersebut sehingga menjadikan orang lalu lalang berhenti kerana takut untuk melintasi binatang tersebut.

Apabila melihat akan bintang itu terlintaslah di fikiran beliau dan berkata; “Hari ini aku akan mengetahui tukang sihirkah yang lebih utama (benar) ataukah pendeta” Lalu diambilnya seketul batu dan berkata “Ya Allah, jika ajaran pendeta itu lebih Kau sukai, maka matikanlah binatang itu supaya orang dapat melintas”. Kemudian budak tersebut melemparkan batu ke arah binatang tersebut, maka matilah binatang itu. Dengan sekelip mata budak itu menjadi terkenal kerana kehebatannya membunuh bintang besar tersebut dan orang ramai boleh melintasi jalan tersebut seperti sedia kala.

Beliau pergi menemui sang pendeta dan menceritakan apa yang telah terjadi dan berkatalah sang pendeta: “Wahai anakku, kamu sekarang lebih hebat daripadaku kerana kamu telah menguasai segala apa yang ku ketahui, dan kamu nanti akan mendapat ujian yang besar, sekiranya kamu diuji janganlah kamu menyebut namaku”. Setelah itu budak tersebut dikurniakan oleh Allah swt kebolehan untuk menyembuhkan buta, sopak dan pelbagai penyakit yang lain.

Terdengarlah berita bahawa salah seorang menteri sang raja sakit mata hingga buta dan telah berusaha berubat di serata tempat tetapi masih belum sembuh. Kemudian datanglah ia kepada budak itu dan membawa pelbagai jenis hadiah dan berkata: “Adakah kamu dapat menyembuhkan saya?” Budak itu menjawab: “Sesungguhnya aku tidak mampu untuk menyembuhkan penyakit seseorang, yang menyembuhkan adalah Allah SWT. Bila engkau beriman kepada Allah SWT, nescaya saya akan berdoa kepada Allah untuk menyembuhkan penyakitmu ini”. Maka berimanlah menteri itu kepada Allah SWT dan disembuhkan penyakitnya.

Datanglah menteri itu ke istana sebagaiman biasa duduk bersama raja dan raja bertanya kepadanya: “Siapakah yang menyembuhkan penyakitmu?” Beliau menjawab: “Tuhanku”. Sang raja berkata kepada menteri tersebut: “Apakah kamu mempunyai tuhan selain aku?” Menteri itu menjawab: “Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah”. Lalu murkalah raja dan disiksanya menteri tersebut sehingga beliau menyebutkan tentang budak yang menyembuhkan matanya yang buta itu.

Dipanggil budak itu disuruh mengadap dan berkatalah sang raja: “Wahai anakku, sihirmu amat ampuh (sebagimana yang raja itu tahu beliau berguru dengan tukang sihir) hingga dapat menyembuhkan buta dan penyakit sopak serta dapat berbuat itu dan ini”. Budak itu menjawab: “Sesungguhnya yang boleh menyembuhkan penyakit adalah Allah SWT.

Disiksalah budak itu sehingga beliau tidak tahan dan terlupa akan janjinya untuk tidak menyebut tentang sang pendeta, maka dipanggil sang pendeta mengadap sang raja yang zalim, sekalipun budak itu telah memungkiri janjinya, sang pendeta itu tidak marah dan tetap bersabar.

Raja itu berkata kepada pendeta tersebut; “Kembalilah kamu kepada agamamu semula”, tetapi pendeta itu tidak mahu, kemudian raja itu menyuruh disediakan gergaji dan diletakkan gergaji itu dia atas kepala dan pendeta itu digergaji dari kepala hingga badannya terbelah dua. Kemudian dipanggillah sang menterinya yang buta dan diminta untuk kembali semula kepada agama sebelumnya, tetapi sebagaimana pendeta, menteri tersebut juga enggan, lalu beliau juga menerima nasib yang sama dengan pendeta digergaji hingga badannya terbelah dua.

Kemudian sang raja memanggil budak tersebut dan dikatakan kepadanya; “Kembalilah kepada agamamu semula”, tetapi budak itu tetap enggan dan kemudian diserahkan kepada satu pasukan untuk membawanya ke satu gunung, bila sudah sampai di puncak gunung itu, sekali lagi budak itu dipaksa untuk kembali kepada agama asalnya, namun budak itu berdoa kepada Allah SWT: “Wahai Allah, hindarkan aku dari kejahatan mereka sesuai dengan apa yang Engkau kehendaki”. Maka bergegarlah gunung itu dengan kuat hingga seluruh pasukan itu jatuh ke bawah gaung lalu mati.

Kembalilah budak itu semula kepada raja yang zalim itu, lantas ditanya: “Apa yang telah diperbuat oleh pasukan itu?” Budak itu menjawab: “Allah swt telah menghindarkan aku dari kejahatan mereka”. Setelah itu raja sekali lagi menyerahkan budak itu kepada satu pasukan dan disuruh untuk membawa budak itu ke tengah lautan, sekiranya budak itu menolak untuk kembali semula kepada agama asal, maka lemparkanlah ia ke dalam lautan. Seperti pasukan sebelumnya yang membawa budak itu ke gunung budak itu berdoa: “Wahai Allah, hindarkanlah aku dari kejahatan mereka sesuai dengan apa yang Engkau kehendaki”. Kemudian terbaliklah kapal tersebut dan tenggelamlah seluruh pasukan itu di lautan yang luas.

Maka pulanglah budak itu semula kepada sang raja dan raja bertanya apa yang pasukannya telah lakukan sehingga budak itu dapat kembali semula, maka dijawab oleh budak itu: “Allah swt telah menghindarkan aku daripada kejahatan mereka”. Kemudian budak itu menambah; “Sesungguhnya, engkau tidak akan dapat mematikan aku sebelum engkau memenuhi permintaanku” Lalu raja berkata: “Apakah permintaanmu itu?” Budak itu menjawab: “Engkau harus mengumpulkan orang ramai di negara ini di kawasan lapang dan gantunglah aku di atas sebuah tiang, ambillah anak panahku dari tempatnya serta letakkanlah pada busurnya dan hendaklah dibacakan “Bismillahi Rabbil ghulam” (dengan menyebut nama Allah swt, Tuhan budak ini) lantas lepaskanlah anak panak itu kepadaku”. “Apabila engkau berbuat seperti itu, engkau akan berhasil membunuhku”, kata budak itu kepada raja yang amat zalim tersebut.

Maka raja yang zalim itu pun mengumpulkan orang ramai dia kawasan lapang dan digantung budak itu pada tiang sepertimana yang disuruh oleh budak itu. Semua orang ramai yang menghadiri upacara tersebut amat terkejut kerana budak itu yang pernah membunuh binatang besar yang menghalang laluan mereka dahulu. Apakan daya, mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana takut akan kezaliman raja tersebut.

Sang raja pun mengambil busur dan anak panah dan menyebut lafaz “Bismilahi Rabbil ghulam” (dengan nama Allah swt, Tuhan budak ini) seperti yang diajarkan oleh budak tersebut, lalu dilepaskan anak panah itu tepat mengenai pelipis budak itu, budak itu pun sempat meletakkan tangan pada pelipisnya yang terkena panah tersebut maka syahidlah ia seperti sang pendeta dan juga menteri yang buta. Pada saat itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut berkata; “Kami beriman dengan Tuhan budak itu”

Apabila ramainya orang yang telah beriman, ada seseorang yang menyampaikan berita tentang berimannya orang ramai kerana budak tersebut kepada raja dan berkata: “Tahukah tuan, apa yang engkau khawatirkan telah menjadi kenyataan. Sesunguhnya, kekhawatiranmu itu sudak tidak ada gunanya kerena mereka semua sudah beriman”.

Teramat murkalah Sang Raja yang zalim itu, kemudian raja itu memerintahkan supaya digali sebuah parit yang besar pada setiap persimpangan jalan dan pada parit itu harus dinyalakan api, dan diperintahkan supaya sesiapa yang enggan kembali kepada agama asal perlulah dilemparkan ke dalam parit tersebut. Lalu ramailah orang ramai yang menjadi mangsa kekejaman raja tersebut. Ketika itu ada seorang ibu yang amat kasihan kepada bayinya enggan terjun ke dalam parit, tetapi berkatalah bayinya; “Wahai ibu, bersabarlah engkau, kerana sesungguhnya engkau berada dalam kebenaran yang nyata”. Lalu dengan penuh yakin ibu tersebut terjun ke dalam parit tersebut ramailah yang syahid kerana keimanan budak tersebut. Manakala di dalam tafsir Jalalayn mengatakan kesemua mereka telah dicabut nyawa sebelum jatuh ke dalam api agar tidak merasa akan azabnya api.

Setelah beberapa ratus tahun kemudian ketika Saidina Umar Al Khattab dan para sahabat yang lainnya menggali tanah mereka terjumpa sebuah kubur yang mempunyai jasad seorang budak yang masih utuh dan tangannya diletakkan di pelipisnya, apabila dibuka tangan budak itu, maka mengalirlah darah dari luka pelipisnya, maka Saidina Umar Al Khattab mengarahkan supaya kubur tersebut dikambus semula dan berkata kemungkinan jasad tersebut adalah kanak-kanak tersebut. Wallahualam


Riwayat Muslim (Kitab Riyadhus Solihin) m/s: 29-32

Saturday, 26 December 2015

Wajah Para Rasul (Kisah Sahabat dan Raja Rome Hercules)

Islam itu tinggi dan tiada apa yang lebih tinggi melainkan Islam dan sesungguhnya Muhammad itu adalah nabi yang Ummi (buta huruf) tertulis namanya, sifatnya, keadaannya, rupanya di dalam kitab Taurat dan Injil. Rasul ini menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, menghalalkan perkara yang baik dan mengharamkan perkara yang buruk dan meringankan atau mengugurkan  hukum hakam yang diberatkan kepada umat terdahulu. Contohnya; Dizaman Bani Israel diharamkan mengambil harta rampasan perang dimana akan datang api daripada langit yang akan menyambar harta rampasan perang tersebut.

Sesiapa yang beriman dengan Nabi ini, menguatkan, membantu dan mengikuti cahaya yang diturunkan bersamanya itulah orang orang yang berjaya, iaitu sesiapa yang meneruskan perjuangan dalam menegakkan syiar Islam, Allah swt berjanji mereka adalah golongan yang sentiasa berada dalam kemenangan dan pengakhiran yang baik adalah milik orang orang yang bertakwa.

Kisah ini diriwayatkan oleh Al Hisyam bin Al Ash Humawi "Kami diutuskan untuk bertemu dengan Raja Rome iaitu Hercules untuk menyeru beliau kepada Islam, kami keluar daripada Madinah dari Ghouta Dimashq sehingga kami sampai di kawasan perkampungan di Damsyik Syria. Lalu kami singgah di sebuah tempat yang dikuasai oleh seseorang yang bernama Jaballah Hai’am bin Ghasani yang merupakan antara ketua yang berada di di bawah taklukan kerajaan Rome di Mesir”.

Ketika para sahabat sampai disana Gabenor Syam iaitu Jaballah Hai’am bin Ghasani sedang duduk di singgahsana memakai pakaian yang berwarna hitam, apabila beliau nampak para sahabat, beliau tidak membenarkan mereka masuk dan menghantar seorang wakil untuk menjadi jurucakap. Lalu para sahabat berkata kepada kepada wakil tersebut “Demi Allah, sesungguhnya kami tidak perlu menggunakan wakil kerana kami diutus untuk bertemu dengan raja, bukan dengan wakil raja, kalau kami diizinkan berjumpa dengan raja, kami akan bercakap sendiri dengan raja”. Kembalilah semula wakilnya berjumpa dengan Jaballah dan berkata bahawa para sahabat tidak mahu menggunakan wakil dan mahu berjumpa dengan raja sendiri. Kemudian kami dibenarkan masuk untuk mengatakan apakah hajat kami iaitu menyeru kepada Islam.

Pelik melihat keadaan Jaballah Hai’am bin Ghasani  yang memakai pakaian yang berwarna hitam maka para sahabat terus bertanya kepadanya; “Mengapakah engkau Jaballah memakai pakaian ini, adakah terdapat upacara perkabungan kerana kematian?” Sebagai gabenor yang mengetuai kerajaan Syam ketika itu, pastilah mereka akan memakai pakaian diraja yang mahal dan mewah. Jaballah yang sememangnya tidak mengenali para sahabat berkata; “Aku bersumpah demi Allah aku tidak akan menanggalkan pakaian ini sehingga aku menghalau kamu semua keluar dari bumi Syam. Sekiranya kamu memerangi aku, aku akan perangi kamu habis habisan sehingga kamu semua mati kemudian barulah aku akan tanggalkan baju ini”.

Kata kata Jaballah itu disambut oleh Hisyam dengan berkata “Kamu hendak menghalau kami? Tahukah kamu, demi Allah, singgahsana kamu, istana kamu bahkan kerajaan kamu yang besar ini kami akan rampas, kerana perkara ini telah dijanjikan oleh Rasulullah saw”. Laung Hisyam dengan lantang mengambarkan betapa yakinnya mereka dengan janji Rasulullah saw.

Terkejutlah Jaballah dan menambah “Aku tahu akan datang satu bangsa yang akan merampas kerajaan Rome ini, tatapi bukan kemu kerana disebutkan bahawa kerajaan ini akan dikuasai oleh mereka yang rajin berpuasa dan selalu berqiamulail”. Dijawab pula oleh Hisyam bin Al Ash Humawi dengan yakin; “Kamilah bangsa itu, yang akan merampas seluruh kerajaan Rome ini”.

Bertambah terkejut Jaballah mendengar kata kata sahabat itu lalu ditanya “Jika begitu terangkan bagaimanakah cara kamu berpuasa dan berqiamulail”? Lalu diterangkan oleh Hisyam bagaimana cara seluruh umat Islam sembahyang dan berpuasa dan berkata “Pada siang hari kami akan berjihad di jalan Allah dan di malam hari kami akan beribadat kepada Allah”. Maka pucat lesilah muka Jaballah mendengar kata kata Hisyam bin Al Ash Humawi kerana terdapat ramalan dalam Taurat dan Injil tentang perkara ini, maka mereka pun dibenarkan untuk meneruskan perjalanan untuk menemui Raja Rome Hercules.

Jaballah telah menghantar berita kepada Raja Rome tentang kedatangan para sahabat dan ditemani seorang wakil yang diutuskan untuk menemani para sahabat sepanjang perjalanan, sebelum berangkat wakil Jaballah berkata “Sesungguhnya kenderaan kamu ini tidak sesuai untuk meneruskan perjalanan hingga ke Rome untuk menemui raja kami, mahukah kamu sekiranya kami gantikan dengan kenderaan yang lebih baik dari kenderaan kamu ini”? Dijawab oleh para sahabat “Demi Allah, kami tidak akan meneruskan perjalanan melainkan dengan kenderaan kami sendiri, dan kami tidak perlukan kenderaan kamu”. Berangkatlah para sahabat untuk menemui Raja Rome untuk menyeru kepada Islam.

Maka sampailah para sahabat di hadapan istana Raja Rome, setelah para sahabat sampai di pintu masuk istana Raja Rome dan terlihat oleh mereka akan Raja Hercules itu di dalam sebuah bilik, maka bertakbirlah para sahabat menyebut “Lailaha illah, Allahu akbar” serentak itu bergegarlah seluruh istana seperti setandan tamar ditiup angin yang kuat. Melihat kepada singgahsananya yang bergegar terkejutlah Raja Rome, bimbang akan istananya yang bergegar, lalu Raja Rome menghantar seorang wakil kepada para sahabat dan berkata; “Disini kita tidak dibenarkan untuk bertakbir dan dilarang untuk menzahirkan agama kamu”. Kemudian mereka dibenarkan masuk dan berjumpa Raja Rome yang duduk di atas singgahsana sambil dikelilingi oleh para menteri dan juga pengawal.

Keseluruhan bilik dan singgahsana baginda berwarna merah, bahkan pakaian baginda juga berwarna merah. “Kami menghampiri Raja Rome dan tiba tiba raja ketawa bagi menutupi rasa takut dan cemasnya kepada para sahabat sambil berkata melalui seorang jurucakap”; “Ucapkanlah ucapan kehormatan kamu kepada beta seperti mana ucapan kerhormatan kamu terhadap raja kamu”. Ucapannya disambut oleh sahabat dan berkata; “Ucapan kehormatan yang kami gunakan sesama kami tidak halal untuk kamu, dan ucapan kehormatan kamu juga tidak halal untuk kami, maka janganlah kamu mengucapkan ucapan penghormatan kamu kepada kami kerana ucapan kamu adalah ucapan kufur dan ucapan kami adalah Islam”.

Hercules bertanya lagi melalui jurucakapnya; “Jika begitu apakah ucapan yang kamu gunakan sesama kamu dan apakah ucapan kemuliaan yang kamu gunakan untuk raja kamu?” Sahabat menjawab “Assalamualaikum adalah ucapan yang kami gunakan sesama kami dan juga kami gunakannya terhadap raja kami (Rasulullah saw). Raja bertanya lagi, “Jika begitu, apakah balasan ucapan salam tersebut?” Sahabat menambah bahawa “kami akan menjawabnya dengan ucapan Waalaikumusalam”.

Raja yang semakin tertarik dengan penerangan para sahabat bertanya lagi; “Apakah kalimat yang paling hebat antara kamu”? Kami menjawab “Lailaha Ilallah, Wallahu Akbar, itulah kalimah yang paling hebat”, ketika itu bergegarlah seluruh istana Raja Rome, seluruh istana terperanjat termasuk raja itu dan para sahabat sendiri. Raja bertanya lagi “Adakah seluruh rumah kamu akan bergegar sekiranya kamu mengucapkan perkataan ini” Dijawab oleh sahabat “Tidak, tidak pernah sekali pun rumah rumah kami bergegar sekiranya kami mengucapkan perkataan ini kecuali di hadapan engkau”. Bertambah peliklah raja dan berkata “Aku suka sekiranya kamu menyebutkan kalimah ini di dalam rumah kamu dan rumah kamu bergegar seperti ini, maka akan aku berikan separuh kerajaan aku kepada kamu.

Setelah agak lama barulah Raja Rome itu bertanya apakah tujuan mereka datang berjumpa dengannya dan dijawab oleh para sahabat bahawa kedatangan mereka ke sana adalah untuk menyeru raja tersebut kepada Islam. Raja yang telah diberitakan oleh Jaballah tentang kedatangan para sahabat bertanya sekali lagi untuk kepastian. “Bagaimanakah cara kamu berpuasa dan bagaimanakah cara kamu beribadat”? Maka diterangkan bagaimana caranya sebagai seorang Muslim itu sembahyang dan berpuasa serta menyembah Allah yang Esa. Setelah berpuas hati dengan penjelasan para sahabat mengenai Islam, dan sebelum majlis bersurai berkatalah raja kepada para sahabat; “Sebagai penghormatan kepada kamu semua, malam ini tidurlah di istana aku, kerana aku ada sesuatu yang hendak ditunjukkan kepada kamu semua”. Maka tinggallah para sahabat  di istana Raja Rome dan menjadi tetamu diraja selama 3 hari.

Pada satu malam para sahabat dibawa berjalan jalan sekitar istana dan kemudian dibawa ke satu rumah yang besar dan mempunyai banyak bilik di dalamnya. Raja menunjukkan satu benda berbentuk empat segi yang sangat besar dan disaluti dengan emas, setiapnya ada beberapa pintu pintu yang kecil. Kemudian dibuka pintu yang pertama. Dikeluarkan daripadanya sehelai sutera yang lebar berwarna hitam, dibentangkan sutera tersebut dan terdapat sebuah gambar berwarna merah. Terdapat gambar seorang lelaki yang tampan, bermata besar, punggungnya besar, lehernya amat panjang, tidak mempunyai janggut dan mempunyai tocang dikepalanya. Raja tersebut bertanya kepada para sahabat “adakah kamu kenal siapakah lelaki ini? Para sahabat menjawab: “Tidak kami tidak kenal dan kami juga tidak pernah berjumpa dengannanya”. Raja itu berkata: “Inilah wajah Nabi Adam as”. Ditutup sutera tersebut dan disimpan semula ditempatnya.

Lalu dibuka pintu yang ke 2, dikeluarkan sebuah sutera yang berwarna hitam yang lebar dan terdapat gambar seorang lelaki yang putih kulitnya, rambutnya kerinting, matanya agak kemerah merahan, badannya besar, janggutnya cantik dan raja bertanya kepada kami; “Kamu tahukah gambar siapa ini? Sekali lagi kami menjawab; “Tidak, kami tidak kenal siapa ini. Dijawab oleh raja tersebut; “Inilah Nabi Nuh as”. Gambar tersebut digulung dan disimpan semula ditempatnya.

Dibuka pula pintu yang ke-3 dan seperti tadi beliau mengeluarkan sehelai sutera yang lebar dan berwarna hitam, lalu kami melihat gambar seorang lelaki yang tersangat putih kulitnya, cantik matanya, luas dan licin dahinya, panjang pipinya, putih janggutnya. Rupanya seperti sedang tersenyum. Raja bertanya lagi kepada kami. Adakah kami kenal lelaki dia dalam gambar tersebut, seperti tadi kami menjawab bahawa kami tidak mengenai lelaki yang terdapat di dalam gambar tersebut. Maka raja pon berkata; “Inilah dia wajah Nabi Ibrahim as, digulung gambar tersebut dan disimpan semula di dalam peti tersebut.

Kemudian Raja Rome membuka pula pintu yang ke-4 dan dikeluarkan sehelai sutera yang lebar seperti sebelum ini, tetapi kali ini ianya berwarna putih, apabila dibentangkan kepada kami sutera tersebut, serta merta kami mengenali akan wajah di dalam gambar tersebut. Kemudian Raja Hercules bertanya kepada kami samaada kami mengenali akan pemilik gambar tersebut. Kami menjawab; “ Ya, sudah pasti kami mengenali pemilik gambar ini kerana beliau adalah Muhammad saw”. Raja bertanya lagi kepada kami untuk kepastian; “Adakah kamu pasti ini adalah Nabi yang terakhir, benarkah ini rupanya? Kami menegaskan; “Ya, kami amat pasti dan kami amat mengenali lelaki di dalam gambar ini, kerana dia adalah Muhammad saw, Rasul kami, Nabi kami dan dengannyalah kami beriman, rupanya dan wajahnya di dalam gambar ini saling tidak tumpah dengan rupanya yang sebenar”.

Kami semua menangis kerana teramat rindu kepada Rasulullah dan setiap kami mencium gambar tersebut. Apabila kami menangis, maka raja pon menangis, beliau menangis sambil berdiri dengan agak lama dan setelah itu baru beliau duduk semula. Kemudian beliau berkata; “Sepatutnya aku mengeluarkan gambar ini yang paling akhir untuk aku tunjukkan kepada kamu, tetapi sengaja aku keluarkan awal awal untuk melihat samaada kamu berkata benar atau tidak. Sekiranya kamu menipu sudah pasti kamu akan mengatakan bahawa ini adalah nama nabi nabi yang lain supaya boleh mengetahui bahawa kamu kenal atau tidak nabi akhir zaman”.

Dibuka pintu yang ke-5, dikeluarkan sehelai sutera yan berwarna hitam, terdapat gambar seorang lelaki yang mempunyai kulit sedikit kehitaman, rambutnya kerinting, matanya cengkung ke dalam, pendangannya amat tajam, masam mukanya, cantik susunan giginya dan raja bertanya; “Tahukan kamu siapa ini”? Kami menjawab bahawa kami tidak mengenali lelaki di dalam gambar tersebut dan raja menyambung “Inilah dia Nabi Allah Musa as dan ditepi gambar tersebut terdapat gambar seorang lelaki yang mukanya mirip Nabi Musa as dan mukanya tidaklah segarang muka Nabi Musa as dan sekali lagi raja bertanya kepada kami adakah kami mengenali pemuda tersebut, seperti tadi kami juga menjawab bahawa kami tidak mengenali pemuda di dalam gambar tersebut. Beliau berkata; “inilah wajah abang kepada Nabi Musa as iaitu Harun Bin Imran as. Gambar tersebut kemudian digulung dan diletakkan semula di tempat asal.

Maka dibuka pintu yang ke-6, dibentangkan sutera yang lebar dan berwarna hitam, terdapat gambar seorang lelaki berkulit sawa matang, sederhana tinggi dan kelihatan marah, lalu raja bertanya kepada kami “Adakah kamu mengenali lelaki ini”? Kami menjawab “Tidak, kami tidak mengenali siapakah lelaki ini” raja pon berkata; “Ini adalah Nabi Luth as. Digulung gambar tersebut dan disimpan semula di dalam peti.

Kemudian dibuka pula pintu yang ke-7, seperti sebelumnya dihamparkan sehelai sutera yang lebar dan berwarna hitam, kali ini terdapat gambar seorang lelaki yang berkulit putih kemerah merahan, nipis jambangnya, mancung hidungnya, tampan rupanya dan sekali lagi raja bertanya kepada kami; “Kenalkah kamu semua akan gambar siapakah ini? Inilah dia Nabi Ishak as”. Digulung gambar tersebut dan diletakkan di tempat asal.

Dibuka pula pintu yang ke-8, terdapat gambar seorang lelaki yang seiras muka Nabi Ishak as, tetapi bibirnya ada sedikit sumbing. Raja juga bertanya kepada kami adakah kami mengenali lelaki dia dalam gambar tersebut, kami berkata: “Tidak, kami tidak mengenali lelaki dia dalam gambar ini”. Raja menyambung dan berkata; “Inilah dia Nabi Allah Yaakub as, maka gambar itu juga digulung dan disimpan semula di tempatnya.

Dikeluarkan gambar yang ke-9, terdapat gambar seorang lelaki yang berkulit putih kemerah merahan, hidungnya mancung, tinggi orangnya, mukanya bercahaya, mukanya kelihatan tenang dan kusyuk, maka raja bertanya lagi kepada kami; “Adakah kamu mengenali lelaki ini?” Seperti sebelum ini, kami berkata bahawa kami tidak pernah berjumpa dengannya dan tidak pernah mengenali lelaki tersebut, berkatalah raja kepada kami; “Ini adalah moyang kepada nabi kamu iaitu Nabi Ismail as, digulung gambar itu dan disimpan semula di dalam peti.

Raja membuka pula pintu yang ke-10, terdapat gambar seorang lelaki yang rupanya mirip Nabi Adam as, mukanya amat bercahaya dan menyilaukan mata seperti memandang matahari, lalu raja itu bertanya kepada kami; “Adakah kamu mengenali lelaki di dalam gambar ini?” “Tidak, kami tidak mengenali lelaki ini”. Maka raja pun berkata; “Inilah dia Nabi Yusof as. Maka benarlah diberitakan bahawa ketampanan Nabi Yusuf itu seperti matahari yang bersinar dan menyilaukan mata sesiapa yang memandang sehingga menimbulkan fitnah, tetapi ketampanan Rasulullah saw itu bak bulan purnama yang cantik dan berseri.

Maka dibuka pula pintu yang ke-11, dikeluarkan sebuah gambar seorag lelaki yang berkulit putik kemerahan, mempunyai betis yang kecil, agak besar perutnya, tingginya sederhana dan dalam keadaan membawa pedang. Seperti kebiasaan, raja akan bertanya kepada kami samaada kami mengenali lelaki yang ditunjukkan dia dalam gambar, dan kami juga mengatakan bahawa kami tidak mengenali lelaki tersebut, lalu raja itu berkata; “Inilah dia Nabi Daud as.

Setelah itu dibuka pula pintu yang ke-12, seperti biasa dubuka gulungan sutera yang lebar dan berwarna hitam, di dalamnya terdapat gambar seorang lelaki yang besar punggungnya, panjang kakinya dan sedang menunggang kuda. Raja bertanya kepada kami seperti tadi adakah kami mengenali lelaki tersebut, dan kami menjawab; “Tidak, kami tidak kenal lelaki ini”. Raja pun berkata; “Inilah dia Sulaiman bin Daud as.

Kemudian dibuka pula sebuah lagi peti, seorang lelaki yang amat muda, mempunyai janggut yang hitam dan lebat, mempunyai sepasang mata yang cantik, rupanya tampan dan raja bertanya lagi kepada kami; “Tahukah kamu gambar siapakah ini?” “Tidak, kami tidak mengenali lelaki di dalam gambar ini” kata kami. Lalu raja berkata; “Inilah dia Nabi Allah Isa bin Maryam. Digulung gambar tersebut, lalu disimpan kesemuanya dia dalam peti semula.

Kami yang pelik dengan kesemua gambar tersebut bertanya kepada Raj Rome; “Dari mana kamu mendapat kesemua gambar gambar ini, setahu kami tidak pernah wujud gambar para nabi dan rasul tetapi gambar Muhammad saw, nabi kami, ya betul benar gambar itu, sememangnya wajahnya amat sama dengan beliau’. Maka berkatalah raja “Sesungguhnya di zaman dahulu kala, Nabi Adam as pernah bertanya kepada Allah swt dan meminta supaya ditunjukkan bagaimana rupa para nabi dan rasul dari kalangan zuriatnya. Nabi Adam as bertanya mengapakah diantara kesemua zuriat keturunannya itu ada yang bersinar dan bercahaya dan diberitahu bahawa itu adalah zuriat keturunannya yang merupakan para Nabi dan Rasul tersebut. Nabi Adam as amat gembira dan berkata “Ya Allah, aku suka kepadanya, maka aku hadiahkan umurku kepadanya, kerana itulah ada antara para Nabi dan Rasul mempunyai umur yang panjang.

Lalu Allah swt telah menurunkan seluruh gambar para nabi dan rasul dan diletakkan pada satu peti yang dimiliki oleh Nabi Adam as dan ditanam di sebuah tempat diantara Maghribi dan syam tempat terbenamnya matahari. Maka datanglah Zulkarnain mengeluarkan peti tersebut daripada tempat tenggelamnya matahari dan diserahkan kepada Nabi Daniel as.

Setelah itu berkatalah Raja Rome kepada kami “Demi Allah, aku hendak mengikut agama kamu, tetapi bagimanapun aku adalah hamba, dan aku tidak berhak untuk mengacau kerajaan kamu yang besar (Allah swt). Kerana aku adalah hamba, maka aku tidak mampu untuk berbuat apa apa pada kerajaan kamu.

Raja Hercules telah mengucapkan terima kasih kepada kami dan menghadiahkan kami pelbagai hadiah yang mahal, lalu kami pulang ke Madinah al Munawarrah dan setelah sampai, kami mencerikan peristiwa ini kepada Abu Bakar as Siddiq. Menangisah Abu Bakar ra dan berkata “Sungguh kasihan raja itu, sekiranya Allah swt hendak mencampakkan hidayah kepadanya, nescaya dia akan mendapat petunjuk. Abu Bakar as Siddiq menyokong cerita ini dan berkata; “Rasulullah saw bercerita kepada kami, sesunguhnya orang orang Yahudi dan Nasrani amat mengetahui secara terperinci akan sifat sifat Nabi Muhammad saw yang ada si sisi mereka, tetapi kerana mengejar keuntungan dunia yang sedikit, maka mereka mendustakannya.

Diceritakan oleh Al Hafiz Al Kabir Abi Bakar Imam Al Baihaqi di dalam kitabnya DalaaIlun Nubuwah.

Daripada kuliyah Ustaz Nazmi Karim-Kisah Sahabat Berjumpa Dengan Raja Rome

Friday, 27 November 2015

Seram ke? Hantu Muka Pecah Rumah

Malam itu masihku ingat w/pun berlaku ketika aku masih menuntut di tahun akhir UUM. Kebiasaan bagi semua pelajar, malam akan digunakan untuk study sambil dengar lagu. Macam aku jugak lah, malam tu seperti biasa aku buat2 study ngan roommate aku sambil menyanyi dengan kuat lagu Ziana Zain. Malam dh menunjukkan ke pukul 12.45am. Aku rasa bebetul nk terkucil, aku pon ke tandas sambil mulut aku menyanyikan lagu Ziana Zain dengan suara yang kuat sebab keadaan yang sunyi malam tu.

Entah kenapa malam tu aku rasa sedikit lain dari malam yang lain, kerana bilik aku adalah bilik yg pertama di blok tersebut, maknanya kalo nk masuk ke blok aku, bilik pertama yg akan jumpa adalah bilik aku. Sebelahnya ada hall untuk students tgk TV (masa tu glamer akademi fantasia si zahid oren). Bawah TV tu pulak ada public phone. Kiranya kalo kwsn tu x de org mmg pelik sgt la, kecuali public phone atau TV tu rosak. Malam tu satu bilik pon xde yg pintunya buka. Semua tertutup seperti dh lena diulit bantal busuk masing2.

Aku pon menuju ke arah bilik air yg t’letak di tgh2 blok. Keadan lampu sedikit suram, tapi ntah knp aku rilex je. Mulut aku masih menyanyi, tapi bila aku masuk ke dlm tandas aku diam la skjp, aku pon keluar untuk basuh tangan, k’dian smbg balik nyanyi, lalu menuju ke arah pintu keluar. Ntah knp, aku rasa ada ssrg yg tgh memandang aku di sblh kanan lebih kurang dlm 5 depa.

Ya sememangnya makhluk Allah yang itu, mukanya pucat dn kelihatan pecah2 seperti org memakai bedak sejuk yg tebal yg kering merekah. Mata semua putih, mata hitamnya tiada. Rambutnya panjang ke belakang bercampur putih dn hitam (tua dh kot hantu ni sbb ada byk uban), berseragai mcm x pernah sikat dn aku x tahu hingga paras mana. Bajunya putih panjang melepasi kaki (kiranya menutup aurat gak la hantu ni). w/pon mata hitamnya tiada, tapi dia bagaikan tepat memandang ke arah aku. Aku amat pasti.

Kekuatan apa yg ada pada aku waktu tu, aku buat2 rilex pandang dia dr atas kepala sampai hujung baju, selawat x tau la berapa kali dan keluar dr tandas tu dgn selambernya. Bila aku rasa dh melepasi pintu keluar dn pasti ‘dia’ dh x nampak aku, apalagi pedeghas ler angkat kaki. Masa tu mmg aku rasa knp kaki aku pendek sgt. Mmg x ckp tanah aku lari, dan knp aku rasa bilik aku blh jd bilik yg paling ujung….

Mujurlah aku ni kuat semangat kot, blh rilex baca selawat, keluar toilet ngan selambernya dan yang paling penting langsung xde kenan ke, demam kepialu ke lepas bertentang mata dgn ‘benda’ tu. Mungkin ‘dia’ nk bgtau, jgn seronok sgt ddk kat cni, lupa Tuhan, tepekik telolong sbb aku ada disini atau pon dia pon salah srg dr peminat Ziana Zain….hahahhaha.


Nasib baik aku tiba dlm bilik aku dengan selamat, aku pon cite kat roommate aku apa yg aku nampak. Dia mcm x percaya, tp bila aku yakinkan apa yg aku nampak, lagu Ziana Zain yg dipasang dekat computer terus bertukar menjadi ayat Quran dengan serta merta.

Lepas tu aku balik kg, aku cite kat arwah abah aku, arwah abah aku tny: “ada x pernah dengar kdg2 org baca quran tgh2 mlm, sbb kalo ada mungkin bunian”. Tp mmg xde pon aku dengar sapa baca quran kecuali suara Sheikh Saad Said Al-Ghamidi. Arwah abah aku kata mmg iblis nk mengacau la tu. Arwah abah aku pesan lain kali jgn suka sgt, baca la ayat Kursi, sbb Iblis x tahan ngan ayat Kursi.

 

Sebelum balik tu arwah abah aku suruh sediakan sebaldi air dan dibacakan dgn ayat Kursi dn diulang pada ayat Wala ya uduhu hifzuhuma wahuwal 'aliyul 'azim. Diulang sebanyak 7x dn disiram pada seluruh tandas. Arwah abah aku kata ayat kursi ni ibarat senjata atau parang kita berhadapan dengan makhluk ni, dia xkn mampu bertahan punya, libas mmg dia kena. Alhamdulillah aku x jumpa dh makhluk Allah tu dn sememangnya aku mengelak dr ke tandas lepas pukul 10. Bukan takut, tapi seram beb…hahah

 

Akhir cerita aku bermohon kepada Allah ya Allah ya Tuhanku akan Dikau aku sembah dan akan Dikau aku mohon pertolongan dan pertolongan, ampunilah dosaku, ampunilah dosa kedua ibubapaku dan seluruh keluargaku. Semoga Arwah abah aku mendapat pahala yang berterusan kerana mengajarkan aku ayat Kursi yang sentiasa aku amalkan. Insyaallah beliau ditempatkan di kalangan hambaMu yang paling Kau kasihi. Amiin


Sumber: Buku rujukan sains

Seram ke? Iblis Sebelah Aku

Kisah ni berlaku masa aku masih bujang dan menyewa bersama kawan2. Masa ni memang aku jahil murakkab, x ingat langsung nk semayang, memang aku masa ni senang kata mcm orang jahilliyah, Allah ntah kemana, malam jumaat orang lain sibuk baca Yassin sedekah dekat mak pak, aku pulak dating p tengok wayang. Sebab wayang kat Malaysia ni cerita baru mesti depa dok tayang hari Khamis malam Jumaat, x caya? Hangpa p la tinjau sendiri. Berapa ramai anak Melayu macam aku semata2 nk layan cite baru, skip maghrib dan baca Yassin.

Biasalah mesti layan midnight kan kalo dating, pastu p makan dulu, sembang2 dulu baru la nk balik…balik dr tgk wayang tu (cite pebenda aku dh x ingat, sbb aku mmg kaki wayang, wajib smgu skali mesti p tgk) aku masuk bilik, tdo macam biasa. Sebab dh letih siang kerja malam berjaga, aku terus terbongkang atas katil tanpa mandi dan semayang dgn baju pon x salin.

Masa tgh tdo dgn mata masih tertutup Allah bukakkn hijab, aku perasan mcm ada ssrg berpakaian putih, (aku pon x tau la nape setan dn species makhluk ni suka pakai putih, blueblack, oren, merah xde ke?) bebetul baring/tdo sblh kiri aku. Aku x suka tdo sblh dinding, so sblh dinding biasa kosong, sbb tu la dia nk menumpang tdo skjp kot. Mukanya aku x nampak sebab kepala kami sebaris. Aku pon tertny2 dlm hati, sapa lak yg baring sblh aku ni, biasanya aku kn tdo srg.

Dalam keadaan baring sblh aku tu, dgn tetiba dia blh pulak angkat tangan sambil menunjukkan kukunya yang panjang lebih kurang dlm 2 1/2 inch dn berwarna hitam, dikuis kukunya yg mcm pontianak menggunakan ibu jari dari jari kelilingking sampai ke jari telunjuk bbrp kali, seolah olah nk tunjuk yg dia baru sapu pewarna kuku warna hitam jenama baru. Mesti la aku curious sapa sblh aku sbb selama ni mmg aku tdo srg, tayang kuku lak tu, aku pon tny kat dia “Ko sapa?” K’dian dia pon jawab balik soalan aku dgn jwpn paling pendek dan juga paling menakutkan: “Iblis”.


Aku pon apa lagi bukak la mata aku, pandang sblh. Huh lega, xde sapa2 sblh aku. Aku pon kalih kot sblh lagi mengiring pulak. Sambung balik tdo. Cela**!! Aku ingat dia dh berambus dh, rupanya dia ada lagi, kali ni dia boleh pulak pegang pergelangan kaki kiri aku pastu dia rentap sampai aku terjaga (masa aku taip ni masih rasa lagi tangan dia kat kaki aku). Dia ingat aku nk takut kot kat dia, apalagi aku pon bangkit, baca ayat Kursi. Ulang ayat Wala ya uduhu hifzuhuma wahuwal 'aliyul 'azim”. Sbyk 7x, memang malam tu aku tdo sampai pagi, x berani dh dia nk kacau aku malam tu. Kelebihan ayat Kursi, Iblis pon surrender.. mujurlah aku pon x kena demam kepialu mcm sstgh org pas jumpa makhluk Allah tu. Hahaha


Tujuan aku cerita kat hangpa ni bukan sebab aku bangga maksiat yg aku buat, tapi aku rasa sebab tu la Iblis tu mai kacau aku. Agaknya mesti dia kata kita geng bro, ko x semayang aku pon x semayang gak… Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa2ku!! Memang aku menyesal, tapi apakan daya, Cuma boleh qada’ je la. sapa yg x semayang tu paham2 la yek.

Sumber: Kawan aku