Malam itu
masihku ingat w/pun berlaku ketika aku masih menuntut di tahun akhir UUM.
Kebiasaan bagi semua pelajar, malam akan digunakan untuk study sambil dengar
lagu. Macam aku jugak lah, malam tu seperti biasa aku buat2 study ngan roommate
aku sambil menyanyi dengan kuat lagu Ziana Zain. Malam dh menunjukkan ke pukul
12.45am. Aku rasa bebetul nk terkucil, aku pon ke tandas sambil mulut aku
menyanyikan lagu Ziana Zain dengan suara yang kuat sebab keadaan yang sunyi
malam tu.
Entah kenapa malam tu aku rasa sedikit lain dari malam yang lain, kerana bilik aku adalah bilik yg pertama di blok tersebut, maknanya kalo nk masuk ke blok aku, bilik pertama yg akan jumpa adalah bilik aku. Sebelahnya ada hall untuk students tgk TV (masa tu glamer akademi fantasia si zahid oren). Bawah TV tu pulak ada public phone. Kiranya kalo kwsn tu x de org mmg pelik sgt la, kecuali public phone atau TV tu rosak. Malam tu satu bilik pon xde yg pintunya buka. Semua tertutup seperti dh lena diulit bantal busuk masing2.
Aku pon menuju ke arah bilik air yg t’letak di tgh2 blok. Keadan lampu sedikit suram, tapi ntah knp aku rilex je. Mulut aku masih menyanyi, tapi bila aku masuk ke dlm tandas aku diam la skjp, aku pon keluar untuk basuh tangan, k’dian smbg balik nyanyi, lalu menuju ke arah pintu keluar. Ntah knp, aku rasa ada ssrg yg tgh memandang aku di sblh kanan lebih kurang dlm 5 depa.
Ya sememangnya makhluk Allah yang itu, mukanya pucat dn kelihatan pecah2 seperti org memakai bedak sejuk yg tebal yg kering merekah. Mata semua putih, mata hitamnya tiada. Rambutnya panjang ke belakang bercampur putih dn hitam (tua dh kot hantu ni sbb ada byk uban), berseragai mcm x pernah sikat dn aku x tahu hingga paras mana. Bajunya putih panjang melepasi kaki (kiranya menutup aurat gak la hantu ni). w/pon mata hitamnya tiada, tapi dia bagaikan tepat memandang ke arah aku. Aku amat pasti.
Kekuatan apa yg ada pada aku waktu tu, aku buat2 rilex pandang dia dr atas kepala sampai hujung baju, selawat x tau la berapa kali dan keluar dr tandas tu dgn selambernya. Bila aku rasa dh melepasi pintu keluar dn pasti ‘dia’ dh x nampak aku, apalagi pedeghas ler angkat kaki. Masa tu mmg aku rasa knp kaki aku pendek sgt. Mmg x ckp tanah aku lari, dan knp aku rasa bilik aku blh jd bilik yg paling ujung….
Mujurlah aku ni kuat semangat kot, blh rilex baca selawat, keluar toilet ngan selambernya dan yang paling penting langsung xde kenan ke, demam kepialu ke lepas bertentang mata dgn ‘benda’ tu. Mungkin ‘dia’ nk bgtau, jgn seronok sgt ddk kat cni, lupa Tuhan, tepekik telolong sbb aku ada disini atau pon dia pon salah srg dr peminat Ziana Zain….hahahhaha.
Nasib baik aku tiba dlm bilik aku dengan selamat, aku pon cite kat roommate aku apa yg aku nampak. Dia mcm x percaya, tp bila aku yakinkan apa yg aku nampak, lagu Ziana Zain yg dipasang dekat computer terus bertukar menjadi ayat Quran dengan serta merta.
Lepas tu aku balik
kg, aku cite kat arwah abah aku, arwah abah aku tny: “ada x pernah dengar kdg2
org baca quran tgh2 mlm, sbb kalo ada mungkin bunian”. Tp mmg xde pon aku
dengar sapa baca quran kecuali suara Sheikh Saad Said Al-Ghamidi. Arwah abah aku kata mmg iblis nk mengacau la tu.
Arwah abah aku pesan lain kali jgn suka sgt, baca la ayat Kursi, sbb Iblis x
tahan ngan ayat Kursi.
Sebelum balik tu arwah abah aku suruh sediakan sebaldi air dan dibacakan dgn ayat Kursi dn diulang pada ayat Wala ya uduhu hifzuhuma wahuwal 'aliyul 'azim. Diulang sebanyak 7x dn disiram pada seluruh tandas. Arwah abah aku kata ayat kursi ni ibarat senjata atau parang kita berhadapan dengan makhluk ni, dia xkn mampu bertahan punya, libas mmg dia kena. Alhamdulillah aku x jumpa dh makhluk Allah tu dn sememangnya aku mengelak dr ke tandas lepas pukul 10. Bukan takut, tapi seram beb…hahah
Akhir cerita aku bermohon
kepada Allah ya Allah ya Tuhanku akan Dikau aku sembah dan akan Dikau aku mohon
pertolongan dan pertolongan, ampunilah dosaku, ampunilah dosa kedua ibubapaku
dan seluruh keluargaku. Semoga Arwah abah aku mendapat pahala yang berterusan
kerana mengajarkan aku ayat Kursi yang sentiasa aku amalkan. Insyaallah beliau ditempatkan
di kalangan hambaMu yang paling Kau kasihi. Amiin
Sumber: Buku rujukan sains

